Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

365 hari menuju Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14

podiumontour September 18, 2026 2 minutes read
Sukan SEA

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menerusi Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Sukan Malaysia (MASOC) 2027 hari ini meluncurkan Sambutan Kiraan Detik Satu Tahun Menuju Sukan SEA Ke-34 Dan Sukan Para ASEAN Ke-14 Tahun 2027 bagi menyemarakkan persediaan menghadapi temasya itu tahun depan.

Acara bersejarah ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mordi anak Bimol di Menara KBS, di sini.

Seiring dengan kiraan detik itu, Yang Berhormat Mordi anak Bimol menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing memainkan peranan dalam menjayakan persiapan menuju temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang membawa tema ‘Raikan Perpaduan’.

Beliau berkata, peranan tersebut merangkumi pelbagai pihak seperti Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, persatuan sukan, sektor swasta, institusi pendidikan, pengamal media, para sukarelawan, serta seluruh lapisan masyarakat Malaysia.

“Kita mahu seluruh negara merasakan bahang menuju 2027. Bukan hanya apabila pertandingan bermula. Tetapi sejak dari sekarang.

“Sebab itu majlis pada hari ini penting. Kita sedang membina momentum. Kita sedang membina kesedaran. Kita sedang membina keterujaan. Dan kita sedang mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

“Saya juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyemarakkan perjalanan menuju 2027, menyokong atlet negara dan bersedia menjadi tuan rumah terbaik kepada seluruh ASEAN,” katanya.

Timbalan Menteri berkata, Sukan SEA bukan perkara baharu bagi Malaysia kerana negara mempunyai pengalaman luas sebagai tuan rumah temasya sukan serantau.

Namun, beliau menegaskan bahawa setiap penganjuran hadir dengan cabaran, tuntutan dan harapan yang berbeza dan Sukan SEA ke-34 serta Sukan Para ASEAN ke-14 perlu dilihat sebagai satu amanah baharu kepada Malaysia.

“Amanah tersebut merangkumi usaha memperlihatkan keupayaan Malaysia sebagai tuan rumah, memperkukuh semangat ASEAN dan memastikan sukan terus menjadi wahana perpaduan rakyat,” katanya.

Malaysia telah menjadi tuan rumah Sukan SEA sebanyak tujuh kali selepas kali terakhir menganjurkannya pada 2017 dan edisi kali ini mencipta sejarah apabila melibatkan empat kluster iaitu Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor untuk berganding bahu menjayakan temasya berprestij Asia Tenggara ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SEA GAMES MALAYSIA 2027

Post navigation

Previous: Kuartet ‘turbo’ 4x100m campuran mampu podium Sukan Asia
Next: Malaysian Tigress menang 5-0 tapi perlu lebih klinikal

Related Stories

SUKIPT
  • Xtra

Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

podiumontour August 29, 2026
SUKIPT 2026
  • Xtra

SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

podiumontour August 28, 2026
Obor AUG
  • Xtra

Obor AUG 2026 simbol semangat Malaysia di pentas ASEAN

podiumontour August 21, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.