Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysian Tigress sedang membina skuad menyerang

podiumontour July 27, 2026 2 minutes read
Hoki Wanita

MALAYSIA kini dalam persediaan untuk menghadapi saingan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun bermula 19 September hingga 4 Oktober nanti. - MHC

SKUAD hoki wanita negara enggan lagi terus dilabel pasukan kelima terbaik Asia, sebaliknya kini sudah mula bergerak untuk memecahkan kelompok empat terbaik benua itu.

Ketua jurulatih Malaysian Tigress, C.R. Kumar kini sedang merencana persiapan bagi memastikan anak-anak buahnya selepas ini dikenali sebagai sebuah pasukan menyerang.

Begitupun, setiap proses memerlukan masa, pengorbanan dan itulah sedang dilakukan oleh Malaysian Tigress dalam siri Jelajah Eropah ketika ini biarpun keputusan kurang memihak mereka.

Contohnya dalam aksi kedua menentang Wales di Cardiff hari ini berkesudahan dengan kekalahan 1-4 walaupun Malaysian Tigress memperoleh lebih banyak peluang menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti (PC).

“Kami tak berjaya menyudahkan peluang kerana pertahanan Wales sangat kemas selain kami juga masih kurang tajam dalam penyudah. Jadi, saya anggap ia tetap satu perlawanan yang sengit.

“Apabila struktur permainan dan tahap kecergasan dapat digabungkan, kami mampu bermain hoki menyerang dengan lebih baik selain aspek penyudah juga akan lebih meningkat,” katanya.

Dalam aksi itu, Malaysian Tigress dan Wales melakukan 18 circle penetration sama, tetapi skuad negara mempunyai 12 PC berbanding lawan yang hanya meraih lima PC.

Namun, Wales masih berjaya meraih tiga gol padang dan satu PC, manakala Malaysian Tigress menghasilkan satu gol PC melalui Khairunnisa Ayuni Sharuddin.

Setakat ini, Malaysian Tigress sudah bermain enam aksi dalam siri Jelajah Jepun menyaksikan mereka tewas 2-6 dan 0-6 dengan Scotland; 0-8 dan 1-3 kepada Ireland dan terbaharu seri 2-2 dan tewas 1-4 kepada Wales.

Kumar percaya proses pembentukan identiti permainan menyerang memerlukan masa, namun yakin Malaysian Tigress berada di landasan tepat menjelang cabaran di Sukan Asia nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Irene Jane tamat penantian 16 tahun di Komanwel
Next: Speedy Tigers ambil inspirasi kejayaan Cape Verde

Related Stories

Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air

podiumontour September 13, 2026
Piala Tun Abdul Razak
  • Hoki

Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026

podiumontour September 13, 2026
Piala Remaja Asia
  • Hoki

Young Tigers terlepas podium tempat ketiga

podiumontour September 13, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.