Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers ambil inspirasi kejayaan Cape Verde

podiumontour July 27, 2026 2 minutes read
hoki piala dunia

BARISAN 20 pemain yang terpilih menggalas cabaran negara ke Piala Dunia di Wavre, Belgium dari 15 hingga 30 Ogos ini. - MHC

KALAU Cape Verde pun boleh seri dengan Sepanyol, Paraguay pula kalahkan Jerman, bermakna tiada yang mustahil buat skuad hoki kebangsaan di pentas Piala Dunia Hoki 2026 di Wavre, Belgium dari 15 hingga 30 Ogos ini.

Sebagai contoh, Cape Verde diundi bersama Sepanyol, Uruguay dan Arab Saudi di Piala Dunia baru-baru ini, tetapi berjaya mencipta kejutan mara ke pusingan 32 terbaik sebagai naib juara peringkat kumpulan.

Biarpun bola sepak dan hoki berbeza gaya dan corak permainannya tetapi tidak boleh dinafikan bahawa eleman kejutan sentiasa berlaku dalam mana-mana sukan.

Disebabkan itu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak tetap merasakan skuad hoki negara mempunyai peluang di Piala Dunia bulan depan.

Speedy Tigers boleh dilihat senasib Cape Verde kerana akan turun bersaing dalam ‘kumpulan maut’ bersama dua juara dunia, Belgium dan Jerman serta Perancis yang baru sahaja menjuarai Piala Negara-Negara 2025-26.

Mungkin Speedy Tigers boleh menjadikan kejayaan Cape Verde sebagai inspirasi dengan percubaan untuk melayakkan diri ke suku akhir Piala Dunia 2026 di Wavre, Belgium yang akan bermula 15 hingga 30 Ogos ini.

“Kumpulan kita ini semua naga-naga, walaupun begitu, tiada yang mustahil. Piala Dunia bola sepak baru-baru ini pun Cape Verde boleh seri, Jerman pun kalah dengan Paraguay.

“Pesanan kita kepada pemain, apa sahaja boleh berlaku. Mereka cuma perlu terus bekerja keras, ikut arahan sebab di Piala Dunia 2023 kita nyaris-nyaris mara ke suku akhir sebab kita kalah shoot-out.

“Keyakinan, keinginan mesti ada. Tidak mustahil, jangan takut. Kita bermain cara kita dan ada peluang. Harapan kita supaya mereka dapat ke suku akhir,” katanya pada sidang media pengumuman 20 pemain ke Piala Dunia hari ini.

Sebagai rekod, Speedy Tigers menamatkan kempen Piala Dunia di No.12 (The Hague 2014) dan No.15 (Bhubaneswar 2018) yang mana kedua-duanya tanpa merekodkan sebarang kemenangan.

Edisi terakhir di Bhubaneswar-Rourkela 2023 menyaksikan Speedy Tigers menang dua aksi peringkat kumpulan dan muncul naib juara kumpulan, namun kekalahan shoot-out kepada Sepanyol di crossover menafikan peluang ke suku akhir.

Speedy Tigers akan berlepas awal ke Belgium pada 3 Ogos ini untuk melakukan kem latihan bagi menyesuaikan diri dengan cuaca dan perubahan masa selain satu aksi persahabatan menentang Sepanyol juga telah diatur pada 13 Ogos nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Malaysian Tigress sedang membina skuad menyerang
Next: Aznil cipta sejarah, atlet pertama hatrik emas Sukan Komanwel

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers

podiumontour August 1, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

3 pemain bakal buat penampilan ke-4 Piala Dunia

podiumontour July 30, 2026
Hoki Wanita
  • Hoki

Malaysian Tigress sedang membina skuad menyerang

podiumontour July 27, 2026

Recent Posts

  • Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
  • Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia
  • Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
  • Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
  • Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.