Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Irene Jane tamat penantian 16 tahun di Komanwel

podiumontour July 26, 2026 1 minute read
IRENE Komanwel

IRENE menunjukkan pingat gangsa yang dimenanginya di pentas Sukan Komanwel Glasgow 2026. - MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

PENANTIAN 16 tahun Malaysia untuk meraih pingat angkat berat di pentas Sukan Komanwel sejak kali terakhir pada edisi 2010 akhirnya terlerai susulan kejayaan Irene Jane Henry.

Irene yang baru kali pertama membuat penampilan di pentas Komanwel pada edisi Glagsow 2026, berjaya meraih pingat gangsa dalam kategori 48 kilogram (kg) pada saingan di SEC Armadillo hari ini (26 Julai).

Menariknya, atlet berasal dari Sabah itu turut berjaya mencipta rekod baharu kebangsaan menerusi angkatan snatch 77kg, memadam catatan lama 75kg diciptanya pada Sukan SEA Thailand 2025.

Secara keseluruhan, Irene mengumpul keseluruhan 167kg selepas mengangkat 90kg untuk clean & jerk, sekali gus mengulangi pencapaian gangsa pernah dimenangi Raihan Yusoff pada edisi 2010 di New Delhi, India.

Pingat emas dimenangi bekas juara dunia dari India yang pernah memenangi pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Mirabai Chanu Saikhom dengan angkatan 190kg, manakala perak diraih atlet Nigeria, Ruth Asuquo Nyong (168kg). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Aniq Kasdan sumbang emas pertama Komanwel
Next: Malaysian Tigress sedang membina skuad menyerang

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.