Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysian Tigress uji taring di Eropah sebelum Sukan Asia

podiumontour July 16, 2026 2 minutes read
Malaysian Tigress

BARISAN pemain negara menjalani latihan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebelum berlepas ke Eropah esok (16 Julai).

SKUAD hoki wanita negara kini dilihat serius untuk mencabar kelompok empat teratas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dari 19 September hingga 4 Oktober nanti apabila menjadikan Jelajah Eropah sebagai platform persediaan terbaik buat mereka.

Ketua jurulatih Malaysian Tigress, C.R. Kumar menganggap lapan aksi berintesiti tinggi menentang Scotland, Ireland dan Wales akan memberikan pendedahan bernilai buat barisan pemainnya sebelum turun ke bumi Jepun nanti.

Malaysian Tigress yang dijadualkan berlepas esok (16 Julai), akan bermain masing-masing dua perlawanan menentang Scotland dan Irelan serta baki empat lagi dengan Wales.

“Tujuan utama ke sana untuk menghadapi perlawanan yang mencabar. Tiada gunanya bermain dengan pasukan yang mudah kerana ia tidak menepati piawaian antarabangsa.

CR Kumar
KUMAR (kanan) memberikan arahan kepada para pemainnya dalam sesi latihan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

“Pasukan seperti Scotland dan Ireland akan beraksi di Piala Dunia, jadi ini adalah peluang keemasan bagi pemain kita untuk menguji kemampuan menentang antara pasukan terbaik di dunia.

“Secara keseluruhannya, kami akan bermain kira-kira 8 perlawanan dalam tempoh 12 hari. Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik kerana kesemuanya adalah perlawanan berintensiti tinggi,” katanya.

Berdasarkan statistik, Ireland, bekas naib juara Piala Dunia 2017 dan kini di ranking  ke-12 dunia, manakala Scotland di tangga ke-14 sementara Wales di tempat ke-24.

“Kita berada di kedudukan ke-21 dunia. Idea saya adalah jika tak dapat tewaskan mereka, sekurang-kurangnya kita mampu mengawal mereka. Kita mahu lakukan yang terbaik dalam lingkungan kemampuan kita.

“Kita tidak seharusnya menjadi pasukan yang sama seperti tewas 0-5 kepada Ireland di Kelayakan Piala Dunia awal tahun ini. Kita harus kompetitif, mereka perlu rasa bahawa Malaysia kini adalah pasukan yang berbeza,” tambah Kumar. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
Next: Amisha Azril sah beraksi di Fury Vol. 2

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers

podiumontour October 30, 2026
Faizal Speedy Tigers
  • Hoki

Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut

podiumontour October 29, 2026
Adib TNB
  • Hoki

Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar

podiumontour October 29, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.