Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

Amisha Azril sah beraksi di Fury Vol. 2

podiumontour July 19, 2026 1 minute read
Amisha Fury

AMISHA akan berentap dengan lawan dari Iran pada pertarungan ke-9 Fury Championship pada 25 Julai ini. - FURY CHAMPIONSHIP

HASRAT bekas juara dunia muay thai, Amisha Azril beraksi di gelanggang Fury Championship di Karisma Arena, Seremban pada 25 Julai ini akhirnya tercapai.

Ia selepas Fury Championship mengesahkan Amisha akan turun beraksi dalam pertarungan kesembilan menentang lawan dari Iran yang diberi gelaran, Katayoun Scorpio.

Walaupun impiannya mahu berentap dengan Zaidinia Looksaikongdin dari Thailand tidak berjaya direalisasikan, namun para peminat masih berpeluang melihat kehebatan Amisha di gelanggang.

“Kepada pihak lawan saya, saya harap awak berlatih sekeras mungkin. Saya tak sabar untuk berdepan dengan awak di dalam gelanggang.

“Terima kasih kerana berani menyahut cabaran ini. Semoga kita berdua dapat memberikan pertarungan yang sengit dan menghiburkan (buat semua penonton),” kata Amisha.

Pertarungan Amisha juga boleh disaksikan melalui siaran secara eksklusif Pay-Per-View (PPV) menerusi aplikasi penstriman Tonton dengan harga RM16.90. – PODIUM ON TOUR

KREDTI FOTO – FURY CHAMPIONSHIP

 

Post navigation

Previous: Malaysian Tigress uji taring di Eropah sebelum Sukan Asia
Next: SSTMI-PKS Uniten juara MJHL Wanita kali ke-8

Related Stories

Sukan SEA
  • Xtra

365 hari menuju Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14

podiumontour September 18, 2026
SUKIPT
  • Xtra

Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

podiumontour August 29, 2026
SUKIPT 2026
  • Xtra

SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.