Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia

podiumontour July 13, 2026 2 minutes read
Armin Zahryl

ARMIN bersiap sedia memulakan aksi final Kejohanan Olahraga Asia B23 2026 di Ordos, China semalam (12 Julai).

KEJAYAAN Armin Zahryl Abd Latif mencipta rekod 110 meter (m) berpagar kebangsaan dengan catatan baharu 13.58 saat (s) secara tidak langsung menarik perhatian legenda olahraga Asia Tenggara dari Thailand, Jamras Rittidet.

Armin, 21, telah membuktikan potensinya mampu menyerlah ke tahap lebih tinggi meskipun dia tidak menaiki podium apabila menamatkan final Kejohanan Olahraga Asia Bawah 23 Tahun (B23) 2026 di Ordos, China semalam (12 Julai).

Begitupun, catatan 13.58s itu menjadikan Armin sebagai pelari terpantas Asia Tenggara bagi acara itu untuk tahun ini, mengatasi John Cabang dari Filipina yang mencatat 13.63s dalam satu kejohanan di Pamplona, Sepanyol bulan lalu.

Armin Zahryl
ARMIN berjaya mencipta dua rekod kebangsaan dalam tempoh kurang 24 jam dengan catatan 13.63s dan 13.58s.

Malah, ia turut melonjakkan Armin ke ranking kedua terpantas sepanjang zaman Asia Tenggara, memintas rekod peribadi (PB) Jamras iaitu 13.61s dan kedudukan pertama masih milik John Cabang dengan PB 13.37s.

Jamras tidak terkejut dengan kecemerlangan Armin kerana dia menyaksikan sendiri perlumbaan tersebut memandangkan dia turut berada di sana sebagai jurulatih kepada atlet 110m berpagar Thailand, Sutthahathai Phrmbut.

“Saya dah jangka dia (Armin) akan catat masa lagi pantas berdasarkan cara dia lakukan warm up semasa final. Dia sebenarnya ada potensi besar untuk lakukan masa lebih pantas daripada 13.5s.

Jamras Rittidet
JAMRAS pernah memenangi pingat gangsa 110m berpagar Sukan Asia 2014 di Incheon dengan catatan 13.61s. – JAMRAS RITTIDET

“Sekarang atlet Filipina (Cabang) mempunyai PB (rekod peribadi) terpantas di Asia Tenggara tetapi saya percaya dia juga mula menyedari kewujudan Armin.

“Dia dan Armin sekarang adalah pertaruhan terbaik Asia Tenggara untuk memenangi pingat di Sukan Asia tahun ini (Aichi-Nagoya). Walaupun ia sangat susah tetapi ia tidak mustahil,” kata Jamras eksklusif buat Podium On Tour.

Jamras juga percaya jika Armin terus menunjukkan perkembangan, tidak mustahil Malaysia mampu kembali mencabar gergasi-gergasi seperti China, Jepun dan Korea Selatan di Sukan Asia pada masa depan.

John Cabang
CABANG kekal menghuni ranking teratas sepanjang zaman Asia Tenggara bagi acara 110m berpagar dengan PB 13.37s. – OLYMPICS.COM

Jamras adalah wakil Asia Tenggara terakhir berjaya menaiki podium acara itu di Sukan Asia dengan memenangi pingat gangsa edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Sebelum Jamras, atlet Asia Tenggara yang terakhir berjaya memecahkan dominasi berkenaan di Sukan Asia adalah legenda olahraga Malaysia, Nur Herman Majid pada edisi 1994 di Hiroshima, Jepun.

Selain Nur Herman, seorang lagi legenda 110m berpagar Malaysia, Allahyarham Ishtiaq Mubarak juga pernah memenangi gangsa edisi 1966 di Bangkok, Thailand dan perak di Tehran, Iran pada 1974. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – JAMRAS RITTIDET / OLYMPICS.COM

Post navigation

Previous: TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
Next: Malaysian Tigress uji taring di Eropah sebelum Sukan Asia

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.