Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysian University ada ‘hadiah’ buat Territory Stingers

podiumontour May 4, 2026 2 minutes read
Malaysian University

ZULAIKHA (dua dari kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan menewaskan Terengganu di Stadium Hoki Batu Buruk pada 2 Mei lalu. - PKS HOKI UNITEN

PENCABAR Liga Hoki Malaysia (Wanita) musim ini, Malaysian University-UNITEN enggan menjadi mangsa seterusnya kelab Australia, Territory Stingers menjelang aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil esok (5 Mei).

Sebaliknya, Malaysian University bertekad untuk menghadiahkan kekalahan pertama kepada lawan berkenaan berbekalkan keyakinan menewaskan Terengganu 3-1 dua hari sebelum ini.

Ketua jurulatih Malaysian University, Ikmal Abdul Jabar percaya mereka bakal menerima tentangan sukar daripada Territory Stingers yang membuka kempen dengan kemenangan 5-2 ke atas Perak.

“Yang penting kami tiada kecederaan selepas menang ke atas Terengganu. Semua bersemangat untuk bermain perlawanan seterusnya.

“Gol PC (pukulan sudut penalti) dan pemain utama akan diberikan tumpuan, tetapi kami akan guna kelebihan yang ada supaya dapat pastikan pemain beri prestasi terbaik,” katanya kepada Podium on Tour.

Kelebihan memiliki 15 pemain dalam kem kebangsaan seharusnya perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Malaysian University menentang Territory Stingers yang turut diperkuatkan dengan beberapa tonggak berpengalaman.

Ia termasuk bekas pemenang tempat ketiga Piala Dunia 2022 bersama Australia dan pernah bermain dua Sukan Olimpik, Penny Squibb yang meledak empat gol PC ketika menewaskan Perak.

Tiga gol Malaysian University ke atas Terengganu sebelum ini diperoleh menerusi Siti Zulaikha Husain, Siti Nur Irdina Mohd Nor dan Nur Shafika Ahmad Kamil. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – PKS HOKI UNITEN

Post navigation

Previous: Rekod 100m mampu jadi ‘skrol ijazah’ manis buat Azeem
Next: Malaysian University tunai janji, benam Territory Stingers

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.