Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Rekod 100m mampu jadi ‘skrol ijazah’ manis buat Azeem

podiumontour May 4, 2026 1 minute read
Azeem

AZEEM (kanan) bersama jurulatihnya, Ken Harnden pada sesi latihan di Universiti Auburn baru-baru ini. - IG AZEEM FAHMI

CATATAN rekod kebangsaan 100 meter (m) baharu 10.08 saat (s) tidak diiktiraf kerana bantuan angin +4.1 bukanlah sesuatu yang mengecewakan buat Muhammad Azeem Fahmi.

Sebaliknya, ia menjadi petanda positif yang mana perkembangan Azeem berada pada landasan tepat untuk memecahkan rekod 100m Malaysia miliknya 10.09s tak lama lagi.

Mungkin betul atau salah, jika dikira catatan dengan had kelajuan angin yang sah, Azeem berpotensi merakam masa dalam lingkungan 10.15s-10.18s atas beberapa faktor.

Ia bermakna pelari terpantas Malaysia itu semakin hampir dan mungkin boleh berlaku dalam tahun ini atau lebih tepat bawah 10s sehingga Sukan SEA Malaysia 2027.

Namun, ia akan menjadi sesuatu yang amat manis jika dapat menghadiahkan ‘skrol ijazah’ buat dirinya sendiri yang akan tamat pengajian di Universiti Auburn bulan depan.

Lebih bermakna andai dia dapat lakukannya di ‘rumahnya’ sendiri selama 4 tahun kerana Auburn akan menganjurkan Kejuaraan SEC 2026 dari 14-16 Mei ini yang mana ia adalah aksi terakhir sebelum Kelayakan NCAA.

Ia akan menjadi memori yang tidak dapat dilupakan dalam karier pemenang pingat gangsa Sukan Asia itu, sekali gus menutup mulut para pengkritiknya. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – IG AZEEM FAHMI

Post navigation

Previous: THT belum mengalah, kemenangan bangkit semangat
Next: Malaysian University ada ‘hadiah’ buat Territory Stingers

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.