Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysian University tunai janji, benam Territory Stingers

podiumontour May 5, 2026 2 minutes read
Malaysian University

PEMAIN Malaysian University, Nur Shafika Ahmad Kamil (depan) dicabar Jordn Office pada aksi MHL di Stadium Hoki Nasional hari ini.

HASRAT Malaysian University-UNITEN untuk menghadiahkan kekalahan pertama kepada Territory Stingers berjaya direalisasikan hasil kemenangan tipis 1-0 pada aksi Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2026 hari ini (5 Mei).

Ia sekali gus meneruskan rentak cemerlang Malaysian University yang kini mencatat tiga kemenangan berturut-turut sejak tewas 0-4 kepada Negeri Sembilan dalm aksi pertama yang juga penentuan Piala Sumbangsih.

Ketua jurulatih Malaysian University, Ikmal Abdul Jabar menanggap kematangan para pemainnya mengawal tekanan menjadi kunci utama kemenangan itu.

“Satu gol yang cukup memadai. Memang kita tak fikir apa dah, masa suku ketiga saya beritahu pemain kita cuma nak satu gol dan menang. Alhamdulillah berjaya,” katanya kepada Podium on Tour.

Malaysian University terpaksa bersabar sepanjang perlawanan sebelum meraih gol tunggal menerusi pukulan sudut penalti Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri pada minit ke-48.

Kemenangan itu menyekat impian Territory Stingers untuk meneruskan permulaan positif selepas menang aksi pertama, 5-2 ke atas Perak pada 2 Mei lalu.

Malaysian University kekal di tangga kedua, sembilan mata sama dengan Negeri Sembilan yang memiliki kelebihan besar dari segi perbezaan jumlah gol selain masih ada satu perlawanan dalam tangan.

Malah, Negeri Sembilan selaku juara Piala Sumbangsih musim ini turut berpesta gol membelasah Mutiara-MSSPP-PSHA-PKS Uniten 15-0 yang menyaksikan Nuramirah Syakirah Zulkifli meledak enam gol hari ini. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Malaysian University ada ‘hadiah’ buat Territory Stingers
Next: TNB Thunderstars kekalkan rekod kemenangan bersih

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.