Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

TNB Thunderstars kekalkan rekod kemenangan bersih

podiumontour May 5, 2026 1 minute read
TNB Thunderstars

BARISAN pemain TNB ThunderStars bersiap sedia untuk mengambil pukulan sudut penalti menentang Territory Stingers malam tadi.

TNB Thunderstars terus menepati status selaku calon utama menjulang gelaran treble musim ini selepas merekodkan kemenangan keempat berturut-turut Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026.

Terbaharu, TNB Thunderstars mudah menjinakkan kelab dari Australia, Territory Stingers 5-0 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam tadi (5 Mei).

Juara Piala Sumbangsih itu tidak mengambil masa lama untuk membuka tirai jaringan menerusi gol padang Norsyafiq Sumantri seawal minit keempat.

Azrai Aizad Abu Kamal yang kini dalam pemburuan untuk memenangi Kasut Emas, menggandakan kedudukan dengan satu lagi gol padang pada minit ke-22.

Danish Aiman Khairil Anuar memastikan TNB selesa dengan gol ketiga pada minit ke-41 sebelum Jang Jonghyun menjadikan kedudukan 4-0 tiga minit kemudian.

Jonghyun meneruskan penguasaannya di tangga kedua penjaring terbanyak dengan gol ketujuhnya, apabila menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-49.

Malangnya, pakar flick Korea Selatan itu gagal mengukir nama sebagai peledak hatrik apabila penalti stroke di minit-minit terakhir diselamatkan penjaga gol. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Malaysian University tunai janji, benam Territory Stingers
Next: Golf PEKEMA tawar hadiah lumayan RM500,00

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.