Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers terlepas tiket separuh akhir

podiumontour June 16, 2026 2 minutes read
Speedy Tigers NZ

RUSSELL (dua dari kanan) meraikan jaringannya menewaskan skuad negara 5-1 dalam aksi ketiga Nations Cup hari ini. - FIH

HASRAT skuad hoki negara melangkah ke separuh akhir tidak kesampaian selepas tewas 1-5 kepada New Zealand dalam aksi ketiga Piala Negara-Negara FIH (Nations Cup) 2025-26 di Stadium Hartleyvale, Cape Town hari ini.

Kekalahan itu menutup peluang Speedy Tigers memburu kedudukan dua teratas dalam Kumpulan A meskipun berbaki satu lagi perlawanan menentang Korea Selatan esok.

Ini disebabkan pasukan di tempat kedua, Jepun berkelebihan empat mata ke atas Malaysia yang berada di tangga ketiga, manakala New Zealand menjadi pasukan terawal mengesahkan tiket ke separuh akhir.

Namun, perjuangan masih belum berakhir dan perlu cuba menamatkan kejohanan sekurang-kurangnya di kedudukan kelima meskipun tidak berjaya mencapai sasaran final seperti dimahukan ketua jurulatih, Brendon Carolan.

Bagi Carolan, matlamat utama Speedy Tigers kekal sama dan tidak berubah iaitu memastikan pasukan berada pada tahap terbaik apabila tiba Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun pada September nanti.

“Kami perlu pastikan berada pada tahap terbaik yang mampu dicapai dalam tempoh tiga bulan akan datang. Jadi, kami perlu bangkit semula, bermain dengan lebih baik dan berharap dapat meraih keputusan positif menentang Korea.

“Selepas itu, kami mahu tampil lebih baik dalam siri menentang Afrika Selatan, menunjukkan prestasi yang lebih baik di Piala Dunia, dan terus memperkukuhkan pasukan sehingga tiba masanya beraksi di Sukan Asia,” katanya.

New Zealand, No.11 dunia, meraih lima gol menerusi dua pukulan sudut penalti Kane Russel (m18, m27) dan tiga jaringan padang masing-masing satu daripada Thomas Dylan (m21), Isaac Houlbrooke (m44) serta Jonty Elmes pada minit ke-51.

Speedy Tigers yang kini jatuh satu anak tangga ke ranking 15 dunia, pula meraih gol sagu hati daripada Mohamad Akhimullah Anuar Esook pada minit ke-55. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Marhan cipta sejarah baharu 350 kaps antarabangsa
Next: Bermulanya fasa baharu Azeem Fahmi

Related Stories

Marhan Jalil
  • Hoki

Marhan cipta sejarah baharu 350 kaps antarabangsa

podiumontour June 13, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Jepun sekat kemenangan kedua Speedy Tigers

podiumontour June 13, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kemenangan meyakinkan Malaysia, Azrai ledak hatrik

podiumontour June 11, 2026

Recent Posts

  • Siapa bakal jadi ratu pecut Terbuka Malaysia?
  • Bermulanya fasa baharu Azeem Fahmi
  • Speedy Tigers terlepas tiket separuh akhir
  • Marhan cipta sejarah baharu 350 kaps antarabangsa
  • Jepun sekat kemenangan kedua Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.