Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

JDT Racing Team, Hafizh Syahrin tempa sejarah

podiumontour April 12, 2026 2 minutes read
Hafizh Syahrin JDT

HAFIZH SYAHRIN dalam kelas tersendiri apabila memenangi Perlumbaan 1 dan 2 pada pusingan pertama ARRC 2026. - ARRC

JDT Racing Team berjaya menempah sejarah baharu pasukan apabila memenangi kedua-dua perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2026 buat kali pertama menerusi tunggangan cemerlang Hafizh Syahrin Abdullah.

Tambah membanggakan, Hafizh berjaya mencatat ‘clean sheet’ dengan menguasai kedudukan pertama dari sesi latihan pertama pada Jumaat hingga perlumbaan kedua di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini (12 April).

JDT Racing Team membuktikan mereka semakin berbisa apabila pelumba baharunya, Andi Farid Izdihar meraih tempat ketiga dalam kedua-dua perlumbaan, menyaksikan penguasaan podium yang memberikan permulaan baik musim kali ini.

Hafizh Syahrin menyatakan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada semua dalam pasukan termasuk penyokong JDT, Boys of Straits yang turut hadir di litar.

“Pertama sekali syukur atas kejayaan ini dan saya mahu berterima kasih kepada semua yang terlibat terutama DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor serta para penyokong yang hadir dan keluarga sentiasa memahami minat dan kerja saya,” katanya selepas perlumbaan.

Bagi Andi Farid, dia mengakui sedikit kesukaran ketika permulaan perlumbaan, namun dia yakin dengan kekuatan jentera Ducatinya dan berjaya memintas satu per satu pelumba lain untuk meraih podium.

“Permulaan yang sangat buruk tetapi saya berjaya memberikan saingan dan berpuas hati dengan tempat ketiga dan saya sangat gembira,” katanya.

Kejayaan itu menyaksikan Hafizh Syahrin kini mengumpul 50 mata, 10 mata di hadapan Keito Abe, manakala Andi Farid di tempat ketiga dengan 32 mata.

Pusingan kedua akan berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand pada 8 hingga 10 Mei dengan cabaran baharu menanti JDT Racing Team. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ARRC

Post navigation

Previous: Maybank anggap kemenangan yang ‘susah’
Next: Young Elephants Pahang kalah cara bermaruah

Related Stories

boling padang
  • Sukan Lain

Piala The Royal Patron 2026 himpun pemain-pemain bertaraf dunia

podiumontour September 29, 2026
Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.