Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Maybank pantang menyerah, pertahan rekod tak kalah

podiumontour May 16, 2026 1 minute read
Maybank hoki

MAYBANK (kiri) berjaya mencalarkan rekod cemerlang TNB yang sebelum ini memenangi kesemua tujuh perlawanan berturut-turut. - HOKITA

GOL penyamaan berbaki seminit sebelum tamat membuktikan semangat juang barisan pemain skuad hoki Maybank yang tidak mudah menyerah kalah.

Ia bukan saja mengikat TNB Thunderstars 2-2 tetapi turut mengekalkan rekod tanpa kalah Maybank dalam kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.

Risiko diambil barisan kejurulatihan Maybank diketuai Iman Gobinathan mengaktifkan ‘power play’ dengan mengeluarkan penjaga gol ketika empat minit terakhir menuai ganjaran lumayan.

Hasilnya, Maybank meraih gol penyamaan dalam situasi pukulan sudut penalti melalui percubaan deraa Najmi Farizal Jazlan ditampan masuk Meor Azuan Hasan pada minit ke-59.

Ia secara tak langsung menghalang hajat TNB yang mahu menutup pusingan pertama MHL ’26 dengan rekod kemenangan bersih 100 peratus.

Kapten Maybank, Muhammad Najmi Farizal Jazlan berbangga dengan komitmen dan semangat juang tinggi ditunjukkan rakan sepasukan sepanjang 60 minit aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam tadi (16 Mei). – PODIUM ON TOUR

FT: Maybank 2-2 TNB

’15 (PC) Syed Syafiq Syed Cholan (TNB)
’18 (FG) Meor Azuan Hasan (Maybank)
’55 (FG) Akhimullah Anuar Esook (TNB)
’59 (PC) Meor Azuan Hasan (Maybank)

KREDIT FOTO – HOKITA

Post navigation

Previous: 2 pencabar Danish Iftikhar ada PB 10.06s & 10.08s
Next: Umar Osman pecah rekod berusia 58 tahun

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.