Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

2 pencabar Danish Iftikhar ada PB 10.06s & 10.08s

podiumontour May 16, 2026 2 minutes read
Danish Iftikhar

DANISH akan membuka saingan Seiko Golden GP Jepun dalam saringan 3 pada pukul 11.40 pagi esok (17 Mei). - OLAHRAGA MALAYSIA

CABARAN cukup menarik menanti bintang muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Ruslee pada saingan 100m Seiko Golden Grand Prix (GP) Jepun esok (17 Mei).

Dalam saringan 3, empat pelari termasuk Danish mempunyai rekod peribadi (PB) bawah 10.20 saat (s) terutama He Jinxian dari China (10.06s) dan Fukuto Komuro (Jepun, 10.08s) serta Chun-han Yang (Taiwan, 10.11s).

Lima peserta lain juga tak boleh dipandang rendah kerana PB kesemua mereka bawah 10.30s termasuk pemenang pingat perak Sukan SEA 2025, Marc Brian Louis dari Singapura.

Apa yang lebih menarik sebenarnya adalah majoritinya bakal menjadi pencabar Danish di pentas Asia pada masa depan disebabkan umur mereka dalam lingkungan yang sama.

Danish, pemenang dua gangsa Sukan SEA 2025 yang juga pemegang rekod 200m Malaysia, dijadualkan memulakan aksinya di Stadium Nasional, Tokyo 11.20am (waktu Malaysia). – PODIUM ON TOUR

SEIKO GOLDEN GP TOKYO
Cabaran Saringan 3

Danish Iftikhar Muhd. Ruslee
25 Mac 2007 (19 tahun)
🅿️🅱️ 10.18s
Season Best 10.46*

He Jinxian (China)
13 Nov 2006 (19 tahun)
🅿️🅱️ 10.06s (NU20R)
Season Best 10.20s

Fukuto Komuro (Jepun)
26 Jun 2006 (19 tahun)
🅿️🅱️ 10.08s
Season Best 10.08s

Chun-Han Yang (Taiwan)
1 Januari 1997 (29 tahun)
🅿️🅱️ 10.11s (NR)
Season Best 10.11s

Kotaro Ito (Jepun)
10 September 1998 (27 tahun)
🅿️🅱️ 10.22s
Season Best 10.26s, 10.25s (+2.7)

Joeljin Nwamadi (Korea Selatan)
6 Februari 2006 (20 tahun)
🅿️🅱️ 10.23s (10.08s* +3.5)
Season Best 10.23s (10.08s* +3.5)

King Wai Yip (Hong Kong)
3 Mac 2005 (21 tahun)
🅿️🅱️ 10.27s (NR)

Marc Brian Louis (Singapura)
7 Ogos 2002 (23 tahun)
🅿️🅱️ 10.27s (NR)
Season Best 10.48s

Kirato Matsuyama (Jepun)
15 Jun 2006 (19 tahun)
🅿️🅱️ 10.27s
Season Best 10.27s

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Azeem, Ajayi terlepas final SEC 2026 di Auburn
Next: Maybank pantang menyerah, pertahan rekod tak kalah

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.