Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Umar Osman pecah rekod berusia 58 tahun

podiumontour May 17, 2026 2 minutes read
Umar Osman

UMAR (tengah) membuka kempen 2026 dengan menjuarai Terbuka Singapura bulan lalu. - SINGAPORE ATHLETICS/@ADIB.POV

JAGUH 400 meter (m) kebangsaan, Umar Osman semakin hampir untuk kembali menemui rentak larian terbaiknya selepas berjaya memadam rekod berusia 58 tahun Kejohanan Olahraga Terbuka Perak.

Umar, 23, sememangnya dalam kelas tersendiri apabila memenangi pingat emas 400m dengan masa 46.48 saat (s) pada perlumbaan yang berlangsung di Teluk Intan semalam (16 Mei).

Menariknya, catatan tersebut memadam rekod kejohanan yang sudah bertahan selama 58 tahun dicipta oleh Asir Victor dengan masa 47.5s pada 1968.

Ini menyaksikan Umar semakin hampir dengan rekod 400m kebangsaannya, 46.09s yang diciptanya sewaktu Sukan Universiti Dunia 2023 di Chengdu, China.

“Saya sangat gembira kerana kembali dapat masa 46s selepas kecederaan sebelum ini. Semakin hampir dengan PB (rekod peribadi), jadi 46.48s ini season best (catatan tahunan terbaik) bagi 2026,” katanya kepada Podium On Tour.

Pingat perak Terbuka Perak 2026 menjadi milik Wan Muhammad Fazri Wan Zahari (49.54s), manakala gangsa dimenangi D. Samuel Raj dengan masa 49.93s.

Pada kejohanan pembuka musim 2026, Umar tidak berjaya merekodkan masa bawah 47 saat apabila mencatat 47.01s dan 47.13s di separuh akhir serta final Terbuka Singapura bulan lepas.

Begitupun, ia masih tidak menghalang atlet dari Johor berkenaan untuk meraih pingat emas Terbuka Singapura.

Kini, Umar berharap untuk terus konsisten dalam kejohanan terdekat selepas ini iaitu Varsity Track & Field (VTF) Siri 2 di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu dari 5 hingga 7 Jun ini.

Umar juga sepatutnya menyertai Terbuka Taiwan awal bulan depan tetapi kejohanan tersebut dikatakan telah dibatalkan disebabkan masalah kewangan penganjur. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SINGAPORE ATHLETICS/@ADIB.POV

Post navigation

Previous: Maybank pantang menyerah, pertahan rekod tak kalah
Next: Azeem tebus duka, bantu Auburn ulangi sejarah

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.