Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Pahang sedia rampas semula emas di Sukma 2026

podiumontour August 7, 2026 2 minutes read
Pahang Sukma

ZALIZA (belakang, tujuh dari kiri) bergambar bersama barisan kejurulatihan dan pemain-pemain selepas majlis pelepasan pasukan hoki lelaki Sukma Pahang di Majlis Bandaraya Kuantan baru-baru ini.

PASUKAN hoki lelaki Pahang mendapat semangat dan ransangan terbaik dalam misi utama untuk merampas pingat emas temasya Sukan Malaysia (Sukma) bagi edisi 2026 bermula 15 Ogos ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, Dato’ Zaliza Zulkipli merangkap pengurus skuad hoki lelaki Pahang, melaungkan keyakinan barisan kejurulatihan dan pemain mampu untuk merealisasikan sasaran pingat emas.

“Perlawanan akan berlangsung di Stadium Hoki Pandamaran, Klang, pesanan saya agar pemain jaga diri, jaga imej di sana. Saya percaya pasukan ini sudah biasa bermain di luar Pahang.

“Saya letakkan sepenuh kepercayaan kepada barisan pemain, kejurulatihan dan kita akan cuba sedaya upaya, dengan semangat berpasukan, kita akan berikan emas kepada negeri Pahang.

Datuk Zaliza
ZALIZA menyampaikan amanat yang penuh bersemangat kepada skuad hoki lelaki Pahang menjelang Sukma 2026.

“Walaupun kita pasukan pilihan, tetapi jangan terlalu yakin, kita perlu berikan prestasi terbaik di Sukma nanti,” katanya dalam ucapan sewaktu majlis pelepasan skuad hoki lelaki Pahang di Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Pengerusi Akademi Hoki Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaakob turut hadir memberikan amanat bersama Datuk Sri Saifullizan Abu Bakar (Naib Pengerusi Akademi Hoki Pahang) dan Mahadhir Abdul Rafar (Pengarah Majlis Sukan Pahang).

Turut bersama dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Bera merangkap pemantau pasukan hoki lelaki Sukma Pahang, Zamri Hassan dan Nizam Mahyuddin selaku Setiausaha Majlis Bandaraya Kuantan yang juga Bendahari Akademi Hoki Pahang.

Sebagai rekod, Pahang menamatkan kemarau 26 tahun sejak 199 untuk meraih pingat emas hoki lelaki Sukma pada edisi 2022 selepas menewaskan Johor 1-0 pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Sukma Pahang
BARISAN pemain bergambar pada majlis minum petang dan pelepasan skuad hoki lelaki Pahang ke Sukma 2026.

Bagaimanapun, hasrat mempertahankan emas tersebut pada edisi Sukma 2024 di Ipoh tidak kesampaian selepas tewas menerusi penentuan penalti shoot-out kepada tuan rumah, Perak.

Ketua jurulatih skuad hoki lelaki Pahang, Mohd Sufian Mohamad pastinya sudah mempunyai rencana terbaik untuk memastikan anak-anak buahnya mencapai sasaran bermula di peringkat Kumpulan B menentang Melaka dan Pulau Pinang.

Skuad hoki wanita Pahang juga dianggap pilihan utama berdasarkan status juara bertahan dua edisi berturut-turut dan kini mengintai peluang untuk melakar sejarah memenangi hatrik. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China
Next: MBK turut main peranan demi kejayaan hoki Pahang

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.