Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

Golf PEKEMA tawar hadiah lumayan RM500,00

podiumontour May 6, 2026 2 minutes read
PEKEMA

NAZARI (tiga dari kanan) bergambar bersama kereta elekrik yang bakal menjadi tarikan hadiah Kejohanan Golf Piala Presiden PEKEMA edisi ke-12, selepas sidang media hari ini. 

SUSULAN kejayaan penganjuran tahun lalu mendapat sambutan amat menggalakkan, Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) kembali menganjurkan Kejohanan Golf Piala Presiden PEKEMA bagi edisi ke-12 kali ini dengan skala lebih besar serta tawaran hadiah yang lebih menarik.

Kejohanan golf tahunan itu dijangka menarik penyertaan lebih ramai pemain golf dari seluruh negara, termasuk penggiat industri automotif, rakan strategik korporat serta komuniti golf tempatan, sekali gus memperkukuh jaringan hubungan strategik antara pemain industri dan rakan kerjasama PEKEMA.

Bagi edisi kali ini, hadiah keseluruhan bernilai lebih RM500,000 termasuk empat buah kereta elektrik Dongfeng, termasuk dua unit Dongfeng Box, model baharu Dongfeng Vigo serta model premium Dongfeng 007 sebagai hadiah hole-in-one di lubang terpilih iaitu 7, 12, 14 dan 17.

Selain itu, satu lagi lubang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM28,888, menjadikan tawaran hole-in-one edisi kali ini antara yang paling menarik dalam sejarah penganjuran kejohanan ini.

Kejohanan golf berprestij ini akan berlangsung di Palm Garden Golf Club, Putrajaya, lokasi yang sama yang mencatat kejayaan besar pada edisi ke-11 tahun lalu apabila hampir 500 pemain golf amatur dari seluruh negara mengambil bahagian.

Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin, berkata kejayaan penganjuran di Putrajaya tahun lalu membuktikan kejohanan tersebut mempunyai potensi besar untuk berkembang sebagai antara kejohanan golf amal korporat terbesar di Malaysia.

“Melihat kepada sambutan luar biasa tahun lalu, PEKEMA optimis edisi ke-12 ini akan menarik penyertaan yang lebih besar daripada komuniti golf serta rakan industri dari seluruh negara.

“Kejohanan ini bukan sekadar pertandingan sukan, tetapi juga platform strategik untuk mengukuhkan jaringan industri, memperluaskan hubungan perniagaan serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat,” katanya. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: TNB Thunderstars kekalkan rekod kemenangan bersih
Next: MHC menang Anugerah Persatuan Sukan Dinamik SAM 2025

Related Stories

SUKIPT
  • Xtra

Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

podiumontour August 29, 2026
SUKIPT 2026
  • Xtra

SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

podiumontour August 28, 2026
Obor AUG
  • Xtra

Obor AUG 2026 simbol semangat Malaysia di pentas ASEAN

podiumontour August 21, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.