Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Piala Dunia, penampilan terakhir Azizulhasni di Malaysia

podiumontour April 4, 2026 2 minutes read
Azizulhasni

AZIZULHASNI (tengah) memenangi pingat emas acara keirin Siri 1 Piala Dunia di Perth baru-baru ini. - FB AZIZULHASNI AWANG

PERTEMBUNGAN Datuk Azizulhasni Awang dan Harrie Lavreysen bakal menjadi tumpuan utama pada pusingan terakhir Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 di Velodrom Nasional, Nilai dari 24 hingga 26 April ini.

Para peminat sukan tidak boleh melepaskan peluang kerana aksi itu juga menjadi penampilan terakhir Azizulhasni dalam kejohanan berprestasi tinggi di Malaysia.

Pemenang perak dan gangsa Sukan Olimpik itu pastinya mahukan kenangan manis di tanah air sendiri, apatah lagi ini kali pertama Piala Dunia kembali ke Malaysia selepas 25 tahun.

Presiden Persekutuan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill menyeru semua penyokong memenuhi ruangan Velodrom Nasional memberikan sorakan penuh bukan sahaja kepada Azizulhasni tetapi semua pelumba negara.

“Kita semua tahu Datuk Azizul telah memberikan fokus di kejuaraan antarabangsa yang tertinggi di Malaysia. Kita semua berharap Datuk Azizul akan berikan aksi terbaik untuk memartabatkan nama Malaysia.

“Beliau tidak pergi ke ACC (Kejohanan Berbasikal Trek Asia) di Tagatay (Filipina) baru-baru ini sebab beliau nak memberikan 100 peratus tenaga di sini dan juga kepada Sukan Komanwel dan Sukan Asia,” katanya.

Azizulhasni
AMARJIT (tengah) pada sidang akhbar khas PKBM mengenai penganjuran pusingan akhir Piala Dunia di Kuala Lumpur hari ini (4 April).

Selain Lavreysen, antara nama besar turut mengambil bahagian seperti Muhammad Shah Firdaus Sahrom (Malaysia), Nicholas Paul (Trinidad and Tobago), Sebastien Vigier (Perancis), Danial Staniszewski (Poland) dan ramai lagi.

Menariknya, 46 negara bakal mengambil bahagian, berbanding 30 negara bersaing pada Siri 1 Piala Dunia di Perth, Australia yang menyaksikan Azizulhasni menang emas keirin dan gangsa sprint baru-baru ini.

“Kejohanan ini akan menjadi detik bersejarah untuk sukan berbasikal negara dan rantau Asia. Ini akan  menjadi landasan utama untuk pusingan kelayakan mata ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028,” jelas Amarjit. – PODIUM ON TOUR

H2H Azizulhasni VS Lavreysen

Olimpik Tokyo 2020 

Keirin

Azizulhasni Awang (Pingat perak)

Harrie Lavreysen (Pingat gangsa)

Piala Negara-Negara 2023

Keirin

Harrie Lavreysen (pingat emas)

Azizulhasni Awang (pingat perak)

 

Kejohanan Dunia 2023

Sprint

Harrie Lavreysen (pingat emas)

Azizulhasni Awang (tidak podium)

Keirin

Harrie Lavreysen (No. 4)

Azizulhasni Awang (No.9)

KREDIT FOTO – DATUK AZIZULHASNI AWANG

Post navigation

Previous: Nasihin sanggup turun demi kemajuan hoki wanita
Next: Legenda dunia, Buakaw ‘panaskan’ T-Fight All Stars

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.