Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Peluang Danish Iftikhar berentap dengan Noah Lyles?

podiumontour May 10, 2026 2 minutes read
Danish Lyles

DANISH (kiri) bakal turun beraksi di Seiko Golden GP Tokyo 2020 di Stadium Nasional, Jepun pada 17 Mei ini. - OLAHRAGA MALAYSIA

KEHADIRAN raja pecut Sukan Olimpik Paris 2024, Noah Lyles dalam aksi 100 meter (m) Seiko Golden Grand Prix (GP) Tokyo 2026 pada 1 Mei ini menghadirkan peluang keemasan buat bintang muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee.

Selain Lyles dengan rekod peribadi (PB) 9.79 saat (s), beberapa nama besar lain juga beraksi seperti rakan senegara dari Amerika Syarikat (AS), Marcellus Moore (9.96s) dan jaguh pecut Kanada, Jerome Blake (9.93s).

Tidak lupa juga bintang pecut Jepun seperti Yoshihide Kiryu (9.98s) dan tiga pelari dengan catatan 10s iaitu Hiroki Yanagita, Yuhi Mori dan Sorato Shimizu yang mencipta rekod 100m dunia bawah 18 tahun (B18) tahun lepas.

Berdasarkan format edisi-edisi sebelum ini, dua peringkat cabaran berlangsung menentukan pelari-pelari untuk berentap dengan nama-nama besar di grand final.

Pada edisi 2025, tiga bintang AS diketuai bekas juara dunia, Christian Coleman, Christian Miller dan Pjai Austin serta Abdul Hakim Sani Brown (Jepun) automatik ke grand final.

Menariknya, Yanagita yang mara dari peringkat cabaran bersama empat lagi pelari iaitu Kiryu, Mori, Naoki Inoue dan Yugo Haitamataira, memenangi grand final dengan masa 10.06s, menewaskan Miller (10.08s) serta Coleman (10.11s).

Ini bermakna tidak mustahil Danish mampu melepasi halangan peringkat cabaran dan meraih pengalaman berharga berentap dengan Lyles dan nama-nama besar lain.

Bekas raja pecut remaja dunia dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri pernah cipta sensasi pada edisi 2019, meraih pingat gangsa dengan masa 10.03s, tewas di belakang Justin Gatlin (10s) dan Kiryu (10.01s).

Jika Lalu boleh melakukannya, mengapa tidak buat Danish yang mana saingan itu amat berharga dalam persediaannya sebelum ke Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2026 di Eugene, AS dari 5 hingga 9 Ogos nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – NOJO18 / OLAHRAGA MALAYSIA

ANTARA JAGUH DI GOLDEN GP TOKYO 2026

Noah Lyles (9.79s)
Jerome Blake (9.93s)
Marcellus Moore (9.96s)
Yoshihide Kiryu (9.98s)
Hiroki Yanagita (10s)
Yuhi Mori (10s)
Sorato Shimizu (10s)

Post navigation

Previous: Negeri Sembilan juara Liga Hoki Malaysia 2026
Next: Sumbangan Irfan dihargai, terima Anugerah Khas SAM

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.