Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Negeri Sembilan juara sempurna, cipta sejarah MHL

podiumontour May 12, 2026 2 minutes read
Negeri Sembilan

BARISAN pemain Negeri Sembilan bergambar satu pasukan selepas menewaskan Terengganu di Stadium Hoki Batu Buruk hari ini.

KEMENANGAN 6-0 Negeri Sembilan ke atas Terengganu dalam aksi terakhir Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Batu Buruk hari ini secara tak langsung mengesahkan kejuaraan kedua buat mereka musim ini.

Lebih membanggakan, bukan saja muncul juara MHL 2026 tetapi Negeri Sembilan turut mencipta sejarah baharu sebagai pasukan pertama merekodkan kemenangan 100% tanpa sebarang bolos sepanjang aksi liga.

“Alhamdulillah pemain tunjukkan winning mentality. Harapan cukup tinggi untuk lihat momentum kemenangan dikekalkan sehingga akhir musim ini,” kata ketua jurulatih Negeri Sembilan, Shaiful Azli Bin Abd Rahman kepada Podium on Tour.

Penyerang Negeri Sembilan, Nuramirah Syakirah Zulkifli meneruskan penguasaannya sebagai penjaring terbanyak dengan 17 gol, termasuk dua gol menentang Terengganu hari ini.

Baki empat lagi gol dihasilkan oleh Norfatin Dizana Mohd Zaidi, Putri Nur Batrisyia Nor Nawawi, Nur Syafiqah Mohd Zain dan Vandana Katariya.

Negeri Sembilan
PARA pemain Negeri Sembilan bergambar dengan barisan kejurulatihan pasukan selepas menewaskan Terengganu di Stadium Hoki Batu Buruk hari ini.

Berdasarkan statistik sejak 2015, belum ada mana-mana pasukan berjaya melakukannya sehinggalah Negeri Sembilan musim ini.

Bekas juara treble musim lalu, PDRM Blue Warriors adalah pasukan paling hampir melakukannya apabila menang kesemua perlawanan dan cuma bolos satu gol, begitu juga UNIKL Ladies menang 100 peratus tetapo bolos dua gol dalam liga edisi 2021.

Ketiadaan Blue Warrios dalam kempen kali ini mungkin memberi ruang kepada Negeri Sembilan mengambil alih penguasaan itu dengan trofi Piala Sumbangsih dan liga.

Kini, peluang keemasan Negeri Sembilan untuk melengkapkan gelaran treble dengan menakluk Piala Vivian May Soars selepas ini.

Jika berjaya, ia akan mengulangi kejayaan Negeri Sembilan yang kali terakhir menjuarai tiga trofi pada edisi 2023. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: TNB teruskan komitmen perkasa hoki, taja MHC RM25 juta
Next: Maisarah mahu trofi kedua buat Terengganu Marvels

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.