Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

TNB teruskan komitmen perkasa hoki, taja MHC RM25 juta

podiumontour May 12, 2026 2 minutes read
MHC TNB

SUBAHAN (depan) menandatangani kontrak perjanjian baharu dengan TNB bernilai RM25 juta selama lima tahun dari 2026-2030. - HOKITA

TENAGA Nasional Berhad (TNB) terus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan sukan negara apabila memeterai kontrak penajaan baharu bersama Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bernilai RM25 juta selama lima tahun dari 2026 hingga 2030.

Kerjasama strategik yang terjalin sejak tahun 2006 itu mencerminkan komitmen jangka panjang TNB dalam memperkukuh pembangunan hoki negara secara menyeluruh dan mampan daripada pembangunan akar umbi sehinggalah ke pentas antarabangsa.

Majlis diadakan di Leo Moggie Convention Centre (LMCC), Bangsar itu turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari bersama kepimpinan TNB, MHC, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad berkata, kerjasama tersebut bukan sekadar penajaan korporat, sebaliknya merupakan pelaburan jangka panjang dalam pembangunan belia dan masa depan sukan negara.

“Di TNB, kami percaya sukan memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin, semangat berpasukan dan jati diri generasi muda.

“Sebab itu, sokongan kami terhadap hoki bukan sekadar tajaan korporat, tetapi satu pelaburan jangka panjang untuk pembangunan belia dan masa depan sukan negara,” katanya.

Sepanjang kerjasama dengan MHC, TNB telah menyalurkan lebih RM60 juta bagi menyokong pelbagai inisiatif pembangunan hoki negara termasuk pembangunan liga, kejohanan utama, pembangunan pemain remaja serta persiapan pasukan kebangsaan.

Bagi tahun 2025 sahaja, jumlah tajaan yang disalurkan mencecah lebih RM7.6 juta melibatkan pelbagai program pembangunan hoki termasuk kejohanan antarabangsa, pembangunan akar umbi dan latihan pemain muda.

“Banyak kejayaan dan pembangunan bakat hoki negara hari ini tidak dapat dipisahkan daripada sokongan konsisten TNB terhadap ekosistem hoki Malaysia.

“MHC amat menghargai komitmen berterusan TNB yang memainkan peranan besar dalam memperkukuh pembangunan hoki negara sejak hampir dua dekad lalu,” kata Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Chongqing ujian awal Adam Haqimi kejar impian
Next: Negeri Sembilan juara sempurna, cipta sejarah MHL

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.