Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Maisarah mahu trofi kedua buat Terengganu Marvels

podiumontour May 13, 2026 2 minutes read
Maisarah NSL

Maisarah dan rakan sepasukan meraikan kejayaan Terengganu Marvels menjuarai NSL 2026.

BINTANG Terengganu Marvels, Siti Maisarah Affandi enggan terus berasa selesa dengan kejayaan semasa meskipun masih segar menjuarai Netball Super League (NSL) 2026.

Maisarah, 24, sedar tahap persaingan Piala Regional lebih mencabar berbanding aksi liga yang akan diberikan oleh dua pencabar utama, Johor Jewels dan KL Wildcats serta kelab dari Singapura, Sneakers Singapore.

Dengan status sebagai Best Shooter musim ini, Maisarah sudah membuat ‘kerja rumah’ dalam usaha untuk membantu Terengganu Marvels merangkul gelaran kedua.

“Saya tengok NSL Singapura sebab ada live di YouTube. Jadi, saya ikuti perkembangan pasukan-pasukan dari sana. Insya-Allah kami boleh bersaing dengan mereka.

Maisarah NSL
MAISARAH antara pertaruhan terbaik Terengganu Marvels berdasarkan statusnya sebagai Best Shooter NSL musim ini.

“Rasanya No.1 Blaze dan No.2 Sneakers di Singapura. Tapi dalam pasukan Sneakers ada ramai pemain kebangsaan Singapura.

“Semangat semua pasukan mesti lain sikit kali ini sebab Regional Cup adalah peluang terakhir mereka cuba sekurang-kurangnya satu gelaran musim ini,” katanya kepada Podium on Tour.

Kehebatan Maisarah di gelanggang tidak perlu dipertikaikan lagi apabila pemain dari Jerantut, Pahang itu berjaya menghasilkan 184 jaringan, termasuk 52 super shot.

Piala Regional menggunakan format liga sepusingan dengan Terengganu akan bertemu KL (14 Mei), Johor (15 Mei) dan Sneakers (16 Mei) dalam misi menempah tiket final pada 17 Mei ini.

Maisarah NSL
MAISARAH (kanan) memenangi Anugerah Best Shooter NSL 2026 hasil 184 jaringan termasuk 52 super shot.

Musim NSL ketika ini menjadi antara langkah persiapan Maisarah untuk pemilihan skuad mebangsaan menghadapi Kejohanan Asia pada Ogos nanti yang mana ia adalah aksi kelayakan ke Piala Dunia tahun depan.

“Di Asia, Malaysia sentiasa berada dalam kelompok tiga terbaik. Namun, cabaran utama untuk berada di kedudukan dua teratas bagi slot automatik ke Piala Dunia.

“Kami sedang berusaha keras dalam latihan untuk memastikan Malaysia kembali ke pentas dunia,” kata Maisarah yang kini menjalani latihan praktikal sebagai guru di SMK Desa Serdang, Selangor.

Dalam masa sama, Maisarah tidak menolak kemungkinan sekiranya ditawarkan peluang melebarkan sayap beraksi di luar negara. – PODIUM ON TOUR

Jadual Piala Regional

Terengganu Marvels VS KL Wildcats
14 Mei, 10 mlm

Johor Jewels VS Terengganu Marvels
15 Mei, 10 mlm

Terengganu Marvels VS Sneakers Singapore
16 Mei, 10 mlm

Tempat ke-3&4 (17 Mei, 5 ptg)
Final (17 Mei, 8 mlm)

KREDIT FOTO – NSL

Post navigation

Previous: Negeri Sembilan juara sempurna, cipta sejarah MHL
Next: KL Wildcats masih kekal reputasi, buru podium kedua

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.