Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

KL Wildcats masih kekal reputasi, buru podium kedua

podiumontour May 14, 2026 2 minutes read
KL Wildcats NSL

BARISAN pemain KL Wildcats meraikan kejayaan mereka meraih tempat ketiga selepas menewaskan Kedah Sunshine.

PODIUM tempat ketiga Netball Super League (NSL) 2026 bukan satu kegagalan tetapi merupakan kejayaan yang amat bermakna buat KL Wildcats.

Apa tidaknya, KL Wildcats dianggap antara gergasi bola jaring tanah air yang tidak pernah terlepas aksi final NSL sepanjang empat musim terdahulu dengan gelaran juara 2021 dan 2025 serta naib juara (2022, 2023).

Bagaimanapun, mungkin tidak ramai sedar kali ini KL Wildcats turun dengan semua pemain tempatan baharu kecuali dua bintang import mereka dari Uganda, Shadiah Nassanga dan Christine Nakitto.

Menariknya, tiada seorang pun pemain tempatan KL Wildcats kali ini berada dalam skuad semasa bola jaring kebangsaan, apatah lagi anggota pasukan yang menjuarai pingat emas Sukan SEA Thailand 2025.

KL Wildcats NSL
BARISAN pemain KL Widlcats sudah bersiap sedia hadapi Terengganu Marvels di Piala Regional malam ini (14 Mei).

Disebabkan itu, ketua jurulatih KL Wildcats, Husna Hussin Ali amat berbangga dengan pencapaian tempat ketiga NSL dan kini memburu satu lagi penamat podium pada saingan Piala Regional bermula malam ini hingga 17 Mei.

“Pemain-pemain tempatan kita musim lalu ambil pendekatan untuk timba pengalaman dengan pasukan-pasukan baharu kali ini. Sebelum mula musim, saya buat pemilihan terbuka untuk sesiapa nak bermain dengan KL Wildcats.

“Kita tiada pemain dalam skuad semasa kebangsaan, yang ada cuma bekas pemain (kebangsaan) dan pemain remaja. Paling tua kapten kita, Yap Suo Kuen berumur 41 tahun dan P. Danyashree termuda dalam sejarah NSL, 15 tahun.

“Saya tak cakap kita tak bagus tapi saya sangat berbangga dengan pemain-pemain. Lebih-lebih lagi ini adalah penampilan pertama saya sebagai jurulatih, sebelum ini saya adalah pengulas,” katanya kepada Podium On Tour.

KL Wildcats NSL
AMINAH (tengah) menerima penghormatan apabila meraih anugerah peribadi sebagai Best Attacker NSL 2026.

Lebih membanggakan apabila pemain KL Wildcats, Siti Aminah Ahmad turut mendapat pengiktirafan sebagai Best Attacker NSL 2026.

Menjelang aksi pertama Piala Regional menentang juara baharu NSL, Terengganu Marvels di Stadium Juara, Bukit Kiara malam ini (14 Mei), Husna tidak mahu memberikan tekanan tinggi kepada barisan pemainnya.

“Ini adalah peluang sebab beraksi di (Piala) Regional pun dah bonus buat kami. Kami tak mahu menjadi pasukan terakhir, sekurang-kurangnya dapat naik podium,” jelasnya.

Selepas bertemu Terengganu, KL Wildcats akan membuat perhitungan dengan kelab Singapura, Sneakers Singapore (15 Mei) dan Johor Jewels (16 Mei) dalam memburu tempat ke final pada 17 Mei. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – KL WILDCATS / NSL

Post navigation

Previous: Maisarah mahu trofi kedua buat Terengganu Marvels
Next: Negeri Sembilan selangkah lagi menang treble

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.