Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Izzul Haniff ‘bayar harga mahal’ pingat emas VTF 2

podiumontour June 7, 2026 2 minutes read
Izzul Haniff

IZZUL HANIFF memenangi pingat emas dengan lompatan sejauh 15.40m pada saingan VTF 2 di UnisZA semalam (6 Jun).

HANYA sempat melakukan satu lompatan biarpun ia membawa kepada pingat emas masih tidak menggembirakan pelapis lompat kijang negara, Izzul Haniff Mohd Raffi.

Izzul alami kecederaan di percubaan kedua dan tidak meneruskan empat lompatan terakhir kerana enggan mengambil risiko memandangkan catatan awalnya 15.40m gagal dipintas atlet lain.

Namun, atlet UPM itu tidak gembira kerana dia menanti lama untuk kembali menikmati lompatan di Varsity Track & Field (VTF) 2 di Stadium UnisZA, Terengganu semalam (6 Jun).

Ini adalah kejohanan pertamanya sejak mengalami hamstring selepas Terbuka Singapura pada April lalu menyaksikan dia menang pingat perak ketika itu.

“Lompatan kedua itu memang mengganggu, saya rasa tak puas, mungkin sebab teruja nak lompat semula. Namun, saya bersyukur dengan rezeki ini,” katanya kepada Podium On Tour.

Pingat perak dimenangi rakan sepasukannya dari UPM, Shah Sholihin Azshar dengan jarak 14.78m, manakala gangsa menjadi milik atlet TARUMT, Nicholas Fong Jia Wei (13.22m).

Sebagai rekod, Izzul Haniff mempunyai rekod peribadi (PB) 16.44m dilakukan di Kejohanan Olahraga Rakan Muda/JBSN/MSWP/POWP/MILO Junior All Comers 2026 pada Februari lalu. – PODIUM ON TOUR

Catatan Top 3

IZZUL HANIFF MOHD RAFFI
15.40m, X, -, -, -, –

SHAH SHOLIHIN AZSHAR
14.48m, 14.59m, X, 14.42m, 14.73m, 14.78m

NICHOLAS FONG JIA WEI
13.22m, X, 13.09m, 13.22m, 12.50m, 13.10m, X

Post navigation

Previous: Nik Jeremy menang Penjaga Gol Harapan Terbaik Piala Asia B18
Next: Kuartet 4x100m UPM terus pecah rekod VTF

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.