Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Pahang perlu dibantu jadi gergasi hoki tanah air

podiumontour May 1, 2026 2 minutes read
Pahang Hoki

FADZLI (dua dari kanan) menyaksikan Penyerahan Siap Projek Naik Taraf Padang Stadium Hoki Indera Mahkota di Kuantan semalam (30 April).

PAHANG memerlukan satu sahaja lagi trofi di peringkat senior untuk ‘mengesahkan’ status mereka sebagai kuasa besar hoki tanah air.

Buat masa ini, Pahang boleh dikatakan telah memenangi hampir semua saingan hoki dari akar umbi hinggalah peringkat remaja sejak kebelakangan tahun ini, termasuk 5 sebelah (5s) Kebangsaan bawah 21 tahun (B21) 2026.

Kini, Pahang memerlukan semula gelaran Piala Tun Abdul Razak ataupun Liga Hoki Malaysia (MHL) bagi mengukuhkan reputasi mereka antara ‘kilang’ melahirkan ramai pemain buat skuad kebangsaan.

Andai Pahang menghantar pasukan senior khas beraksi di MHL, pastinya persaingan akan lebih rancak dan tidak mustahil dapat memecahkan dominasi Top 3 antara TNB ThunderStars, Maybank dan Pasukan Hoki Terengganu (THT).

Apatah lagi Pahang kini memiliki padang diiktiraf Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Stadium Indera Mahkota, Kuantan.

Pahang Hoki
FADZLI

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal sedia memperhalusinya jika ia membawa manfaat buat rakyat negeri itu.

Beliau juga sedia mendengar cadangan  peruntukan khas kepada Akademi Hoki Pahang yang diasaskan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk terus memberi manfaat kepada pembangunan hoki negeri Pahang.

“Sebagai Exco yang bertanggungjawab memegang portfolio sukan di negeri ini, saya sedia berbincang dengan pihak persatuan serta mereka yang berkepentingan.

“Andai usaha dan cadangan ini ingin dimajukan untuk sokongan, sudah pasti kerajaan negeri cukup mengambil berat dan prihatin tentang kemajuan sukan di negeri ini.

Pahang Hoki
FADZLI (tiga dari kiri) bergambar pada Majlis Penyerahan Siap Projek Naik Taraf Padang Stadium Hoki Indera Mahkota di Kuantan semalam (30 April).

“Bukan sahaja hoki, Pahang juga agak maju dan ke hadapan dalam sukan menembak. Kita sedia berbelanja untuk sukan-sukan yang tunjuk prestasi cemerlang.

“Selagi mana ia bawa manfaat yang besar kepada negeri dan rakyat terutamanya peminat sukan hoki, kita sedia perhalusi cadangan tersebut,” katanya.

Beliau ditemui Podium On Tour pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Siap Projek Naik Taraf Stadium Hoki Indera Mahkota di Kuantan semalam (30 April) yang menelan kos peruntukan sebanyak RM3.3 juta.

Bagi edisi MHL kali ini, Pahang menghantar skuad muda beraksi dalam kategori lelaki dan wanita sebagai langkah persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) di Selangor pada Ogos nanti. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: ‘Rumah baharu’ bawa tuah buat Young Elephants
Next: Tengku Nasrul mahu sarung kembali jersi Speedy Tigers

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.