Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

‘Rumah baharu’ bawa tuah buat Young Elephants

podiumontour April 30, 2026 2 minutes read
Young Elephants

BARISAN pemain Young Elephants meraikan jaringan menentang Liaoning hari ini.

YOUNG Elephants Pahang (YEP) berjaya menyerap semangat ‘rumah baharu’ apabila turun beraksi buat kali pertama di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Ia ternyata membawa tuah buat Young Elephants yang mempamerkan kebangkitan dramatik untuk mengikat kelab dari China, Liaoning 3-3 biarpun ketinggalan  dua gol terlebih dahulu.

Menariknya, Young Elephants hampir-hampir untuk memenangi perlawanan pertama mereka dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026, namun penalti stroke di suku terakhir dapat diselamatkan penjaga gol Liaoning.

Ketua jurulatih Young Elephants, Mohd Sufian Mohamad tidak menjadikan kegagalan itu sebagai punca utama, sebaliknya berbangga dengan semangat juang tinggi barisan mudanya.

“Keseluruhan amat berpuas hati dengan apa ditunjukkan semua pemain. Beraksi di sini (Stadium Hoki Indera Mahkota) memberikan semangat baharu kepada pemain.

“Mungkin ini antara aksi terbaik ditunjukkan pemain dalam liga kali ini. Sayangnya penalti stroke kami di suku keempat tadi tak masuk.

“Namun, tuah padang baharu yang sangat berkualiti tinggi. Satu atau tiga mata, sasaran kami nak curi mata dan kami berjaya,” katanya kepada Podium On Tour.

Dua gol Liaoning diperoleh menerusi Sun Jingran dan Lin Jie pada minit ke-14 serta 32.

Seakan ‘dirasuk’, Young Elephants bangkit luar biasa dengan meledak tiga gol pantas dalam tempoh lima minit hasil satu pukulan sudut penalti (PC) dan dua jaringan padang.

PC berkenaan dihasilkan oleh Tengku Nasrul Ikmal Tengku Abd. Rahim pada minit ke-36 dan dua gol padang Ismail Abu (m38, m41).

Bagaimanapun, Liaoning yang dibimbing jurulatih dari Korea Selatan, Kim Sang Ryul bangkit mengikat kedudukan 3-3 hasil gol padang Di Yanwei pada minit ke-50. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Peluang atlet Malaysia cabar powerhouse dunia
Next: Pahang perlu dibantu jadi gergasi hoki tanah air

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.