Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Tengku Nasrul mahu sarung kembali jersi Speedy Tigers

podiumontour May 1, 2026 2 minutes read
Tengku Nasrul

TENGKU NASRUL (kanan) turut menjaringkan satu gol ketika seri 3-3 dengan Young Elephants semalam (30 April).

ASET berharga Young Elephants Pahang, Tengku Nasrul Ikmal Tengku Abd Rahim sememangnya menanam impian besar untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan.

Tengku Nasrul, 25, tidak akan berfikir dua kali dan terus bersetuju jika namanya antara yang tersenarai dalam perancangan ketua jurulatih Speedy Tigers, Brendon Carolan.

Biarpun Young Elephants majoritinya dibarisi pemain muda, tetapi anak jati Pekan, Pahang  itu antara watak penting pasukan selain  keupayaannya mengambil pukulan sudut penalti (PC).

Ia terbukti melalui satu gol PC menariknya mencetus kebangkitan Young Elephants mengikat Liaoning 3-3 dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan semalam (30 April).

“Setiap pemain ada impian beraksi di Piala Dunia dan saya akan terus tingkatkan diri untuk masuk balik dalam skuad kebangsaan.

“Sebelum mula MHL, memang sasaran saya untuk cuba masuk semula dalam pasukan kebangsaan ke Piala Dunia. Kalau jurulatih panggil, memang saya tak ragu-ragu untuk terima,” katanya kepada Podium On Tour.

Tengku Nasrul antara anggota skuad Speedy Tigers yang berjaya menjulang kejuaraan pertama dalam sejarah Piala Sultan Azlan Shah 2022 ketika di bawah bimbingan bekas pengendali terdahulu, Arul Selvaraj.

Malah, dia turut dibawa ke Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India dalam senarai dua pemain simpanan, namun tidak berpeluang untuk membuat debut ketika ini.

Kini, Tengku Nasrul berharap dapat terus tampilkan prestasi konsisten dalam baki pusingan pertama MHL agar terpilih ke Piala Negara-Negara FIH (Nations Cup) 2026 di Cape Town, Afrika Selatan bulan depan.

Seterusnya ke Piala Dunia 2026 di Belgium pada Ogos dan Sukan Asia Aichi-Nagoya, Jepun sebulan kemudian. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Pahang perlu dibantu jadi gergasi hoki tanah air
Next: Queenie tak boleh menyerah, perlu bangkit di Jepun

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.