Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Pahang, Selangor berentap di final rebut trofi B16 Kebangsaan

podiumontour May 22, 2026 2 minutes read
Pahang

BARISAN pemain Pahang meraikan kejayaan melangkah ke pentas final B16 Kebangsaan.

DUA pilihan utama, Pahang dan Selangor akan membuat perhitungan merebut trofi Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun (B16) Kebangsaan 2026 dalam aksi final di Stadium Hoki Nasional pagi esok (930 pagi, 23 Mei).

Aksi final itu dijangka sengit yang mana Pahang mara ke final hasil kemenangan 3-2 menerusi penalti shoot-out setelah terikat 1-1 dengan Melaka di separuh akhir hari ini.

Selangor pula mempamerkan kebangkitan ke perlawanan akhir selepas ketinggalan dahulu satu gol sebelum menang 2-1 ke atas Perak dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Bagi ketua jurulatih Pahang, Mohd Sufian Mohamad menganggap tuah memihak pasukannya melangkah ke final apabila diberikan tentangan hebat oleh Melaka.

“Inilah tahap yang sebenar untuk B16 dan saya anggap kami bernasib baik menang shoot-out. Pujian perlu diberikan kepada Melaka yang sangat berdisiplin dan main habis-habisan hari ini.

“Sekarang kami kena bangun merebut piala di final esok. Kami nak kekalkan kejuaraan dan buktikan Pahang ada ramai pemain lagi untuk skuas projek 2030,” katanya.

Pahang, juara bertahan edisi terakhir pada 2022, harus berterima kasih kepada penjaga golnya, Muhammad Zikri Ezzany Zamri yang beraksi cukup cemerlang dalam penentuan penalti shoot-out termasuk menyelamatkan percubaan terakhir Melaka.

Selangor yang menewaskan Johor hasil dua gol daripada Hariz Danial Mohd Khaidzir dan Muhamad Farish Audah Mohamad, kini berpeluang melakar sejarah baharu jika menewaskan Pahang di final esok.

Ini disebabkan Selangor tidak pernah bergelar juara dengan pencapaian terbaik muncul naib juara selepas tewas kepada Pahang pada final edisi 2022. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Peluang Negeri Sembilan cipta sejarah baharu
Next: Penjaga gol Pahang muncul wira ke final

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.