Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Penjaga gol Pahang muncul wira ke final

podiumontour May 22, 2026 1 minute read
Pahang Zikri Ezzany

ZIKRI EZZANY menunjukkan reaksi gembira selepas membantu Pahang mara ke final B16 Kebangsaan.

 

PENJAGA gol Pahang, Muhammad Zikri Ezzany Zamri muncul wira pasukannya dalam kejayaan mara ke final Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun (B16) Kebangsaan 2026.

Zikri Ezzany menyelamatkan empat percubaan Melaka dalam penentuan penalti shoot-out yang memastikan Pahang menang 3-2 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam aksi separuh akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Kecemerlangannya itu menjadi antara watak utama kejayaan Pahang yang kini hanya selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan dimenangi mereka sewaktu edisi terakhir pada 2022.

Ketua jurulatih Pahang, Mohd Sufian Mohamad mendedahkan, penjaga gol berusia 16 tahun itu sebenarnya mengalami kecederaan pada tiga perlawanan pertama sewaktu aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

“Kita berhempas-pulas untuk baik pulih dia supaya dapat bersedia bermain untuk ke peringkat seterusnya. Alhamdulillah pelaburan itu membuahkan hasil hari ini.

“Hari ini kami memang nak pergi untuk kekalkan kejuaraan dan sekarang bila dah masuk final, kita akan berusaha untuk merebut piala esok,” katanya kepada Podium On Tour.

Pastinya ketangkasan Zikri Ezzany sekali lagi ditagih Pahang dalam aksi final menentang Selangor pagi esok (9.30 pagi, 23 Mei).

Selangor juga dianggap lawan sukar dan mara ke final selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Johor 2-1 di separuh akhir hari ini. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Pahang, Selangor berentap di final rebut trofi B16 Kebangsaan
Next: Izzah ketuai Team Cahya Mata, tonik terbaik ke LA28

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.