Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Pahang terus pertahan gelaran B16 Kebangsaan

podiumontour May 23, 2026 2 minutes read
Pahang

PAHANG berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut selepas mula memenanginya pada edisi 2022. - MHC

IMPIAN Pahang untuk mempertahankan gelaran Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun (B16) Kebangsaan yang dimenangi pada edisi terakhir empat tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan.

Ia hasil kemenangan 4-2 Pahang menerusi penentuan penalti shoot-out ke atas Selangor selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam tempoh 60 minit sebenar aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Ketua jurulatih Pahang, Mohd Sufian Mohamad tanpa berselindung memuji keseluruhan intensiti tinggi ditunjukkan barisan pemain dan pasukan-pasukan lain sepanjang kejohanan kali ini.

“Kejohanan ini betul-betul berkualiti tahun ini, contohnya final macam yang kita tengok hari ini. Alhamdulillah mereka bermain dengan baik mengikut taktikal, main sepenuh hati dan betul-betul berikan segala-galanya di final ini.

“Ini bukti Pahang tidak ketandusan bakat dan kredit juga kepada Selangor yang sangat bagus hari ini. Kita ada empat pasukan di Malaysia yang ramai pemain berbakat dan saya nama-nama ini tidak ditinggalkan,” katanya.

Gol Pahang menerusi pukulan sudut penalti (PC) Muhammad Qhalish Zaffran Mohd Rohizan pada minit ke-55 hanya bertahan seminit sebelum Qaleef Amarullah Irzan Effendi menyudahkan PC untuk mengikat kedudukan 1-1 buat Selangor.

Ketika di penentuan penalti shoot-out, penjaga gol, Muhammad Zikri Ezzany Zamri sekali lagi menjadi wira buat kali kedua berturut-turut apabila memastikan Pahang menang p4-2 ke atas Selangor.

Tempat ketiga menjadi milik Melaka yang meraih tiga gol menerusi Muhammad Faqhrul Syameer Mohd Azrul (m27), Waali Wafi Kamarudin (m27) dan Irfan Alif Abd Razak (m49), menewaskan Johor 3-1. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Sejarah tercipta, Negeri Sembilan juara B16 Kebangsaan
Next: Pengalaman bernilai sebelum Kejohanan Asia B20

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.