Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Sejarah tercipta, Negeri Sembilan juara B16 Kebangsaan

podiumontour May 23, 2026 2 minutes read
Negeri Sembilan

ZAFIERAH meraikan jaringannya ketika menewaskan Selangor 1-0 di final hari ini. - MHC

PENANTIAN lama Negeri Sembilan untuk mendakap trofi Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun (B16) Kebangsaan buat kali pertama akhirnya tercapai selepas menang 1-0 ke atas Selangor pada aksi final hari ini.

Nur Zariefah Dania Mazlan terus mencuri tumpuan apabila meledak gol tunggal perlawanan menerusi penalti stroke pada minit ke-26 dalam aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu.

Ia adalah jaringan ke-22 secara keseluruhan buat Zariefah sepanjang kejohanan sekali gus mengesahkan statusnya sebagai penjaring terbanyak.

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohammad Nazrin Yahya mendakwa kejayaan bersejarah tersebut membuktikan negeri itu tidak ketandusan bakat untuk disalurkan buat skuad kebangsaan pada masa depan.

“Sekarang kita sedang membina (pasukan) dan apa yang kita nampak, kita berada di landasan betul untuk lahirkan ramai pelapis di Negeri Sembilan.

“Alhamdulillah, satu sejarah tercipta untuk Negeri Sembilan. Dah bertahun-tahun memang tidak pernah (menang), ini kali pertama kita menjuarai kejohanan ini.

“Saya bersyukur dan pemain pun berikan komitmen yang terbaik untuk perlawanan terakhir ini,” katanya.

Pencapaian terbaik Negeri Sembilan dalam lima penganjuran terdahulu adalah muncul naib juara setelah tewas kepada Pulau Pinang dalam aksi final edisi 2022.

Pastinya kemenangan itu amat manis buat perkembangan hoki Negeri Sembilan kerana mereka masih lagi segar dengan kejayaan menjuarai gelaran treble Liga Hoki Wanita Malaysia 2026 baru-baru ini.

Tempat ketiga B16 Kebangsaan tahun ini menjadi milik Perak selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang hasil gol padang Nur Qamarina Nabila Hasrunnaim pada minit ke-44. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Izzah ketuai Team Cahya Mata, tonik terbaik ke LA28
Next: Pahang terus pertahan gelaran B16 Kebangsaan

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.