Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Pengalaman bernilai sebelum Kejohanan Asia B20

podiumontour May 25, 2026 2 minutes read
Danish Iftikhar

DANISH mencatat masa 10.52s pada saingan 100m Seiko Golden GP Jepun baru-baru ini.

PELUANG beraksi di Seiko Golden Grand Prix (GP) Jepun minggu lalu pastinya menjadi satu pengalaman berharga buat bintang pecut muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee.

Danish Iftikhar, 19, mencatat masa 10.52 saat (s) di peringkat saringan 100 meter (m), terlepas peluang untuk bersaing satu perlumbaan dengan bintang pecut sensasi dunia dari Amerika Syarikat, Noah Lyles di pentas final.

Seperti diramal, Lyles yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, memenangi aksi final 100m di Tokyo itu dengan catatan 9.95s.

Namun, pengalaman diraih itu amat berharga buat Danish Iftikhar untuk memberi prestasi lebih baik pada Kejohanan Olahraga Asia Bawah 20 Tahun (B20) 2026 di Hong Kong dari 28 hingga 31 Mei ini.

“Banyak kena perbaiki tetapi Alhamdulillah satu pengalaman baharu. Ada rasa down tapi saya fikir secara terbuka. Mungkin bukan di sini (Jepun) tetapi Allah ada perancangan lebih baik,” katanya kepada Podium On Tour.

Danish Iftikhar akan turun beraksi dalam acara 100m bersama seorang lagi pelari negara, Muhammad Dzul Danish Jamari pada Kejohanan Asia B20 nanti.

Pemenang dua pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025 itu juga akan turun untuk acara 200m bersama Muhammad Sayyid Amin Roslan di Hong Kong nanti.

Pada edisi Kejohanan Asia B20 2024 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Malaysia berjaya membawa pulang dua pingat gangsa melalui Pengiran Aidil Auf Hajam (200m) dan Ng Tak Sing (lompat kijang).

Sebagai rekod, catatan peribadi Danish Iftikar dalam acara 100m adalah 10.18s selain turut memegang rekod 200m kebangsaan dengan masa 20.73s. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Pahang terus pertahan gelaran B16 Kebangsaan
Next: Podium jadi sasaran dua skuad negara di Piala Asia B18

Related Stories

Armin Zahryl
  • Olahraga

Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia

podiumontour July 13, 2026
Azeem 4x100m
  • Olahraga

Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?

podiumontour July 12, 2026
Armin Zahryl Rekod Malaysia
  • Olahraga

Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.