Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Pecutan terakhir SPM, ini nasihat bekas ketua pengawas SSBJ

podiumontour October 19, 2026 3 minutes read
SPM Dheeressh

DHEERESSH memanfaatkan sepenuhnya bulan terakhir sebelum peperiksaan SPM tahun lalu hingga berjaya meraih 3A. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

BERBAKI kurang seminggu sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 23 November ini, calon-calon diseru supaya memanfaatkan setiap masa yang ada untuk membuat persediaan terakhir dalam mengejar keputusan terbaik.

Tonggak pertahanan skuad hoki remaja negara, Dheeressh Gunaseelan, 18, berkongsi pengalamannya ketika saat-saat genting seperti ini sebagai ‘pecutan terakhir’ sebelum turun mengambil SPM tahun lalu.

“Tahun lepas saya banyak bermain dalam kejohanan hoki, jadi agak sukar untuk mengimbangi akademik dan sukan. Tetapi, ia bukan sesuatu yang mustahil sebab nak tak nak saya perlu juga berikan usaha terbaik,” katanya kepada Podium On Tour.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN OLEH TAVIS – PLATFORM PEMBELAJARAN DIGITAL UNTUK SEMUA

TAVIS

Tuisyen online, kesungguhan serta sokongan ibu bapa dan guru antara faktor yang banyak membantu Dheeresh sehingga Berjaya memperoleh keputusan 3A, pencapaian disifatkannya cukup membanggakan.

“Saya bersyukur ibu bapa saya beri saya tuisyen online awal tahun. Mudah untuk saya walaupun dalam perjalanan, terbang sana sini untuk kejohanan tetapi masih boleh belajar.

“Saya juga banyak berhubung dengan cikgu-cikgu yang memahami situasi saya kerap kejohanan luar negara, tiada dalam sekolah. Mereka bantu beri nota dan ada cikgu yang buat kelas tambahan.

“Contohnya matematik saya tak bagus, dapat C sahaja ketika trial tetapi cikgu bantu saya dan akhirnya dapat A untuk SPM. Memang saya sangat gembira,” katanya yang turut memegang peranan sebagai Ketua Pengawas di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) tahun lalu itu.

SPM Dheeressh
DHEERESSH (barisan depan, tengah) juga memikul peranan besar sebagai Ketua Pengawas SSBJ tahun lalu.

Kapten skuad hoki negara di Piala Remaja Asia Bawah 18 Tahun 2026 itu turut mengingatkan calon SPM supaya tidak mengabaikan pendidikan kerana akademik perlu kekal keutamaan dalam membina masa depan seseorang.

“Kita minat sukan, tetapi akademik No.1 sebab pendidikan sangat penting. Apa-apa pun yang berlaku, jangan sesekali tinggalkan pelajaran.

“Nasihat saya kepada calon SPM, jangan berputus asa dan teruskan usaha. Bulan terakhir ini paling penting untuk anda berikan yang terbaik.

“Teruskan berusaha, jangan mengalah, buat sebanyak mungkin latihan dan berikan sepenuh komitmen kerana saya tahu perjuangan ini akan berbaloi,” jelas Dheeressh yang bercita-cita mahu menjadi juruterbang.

SPM Dheeressh
DHEERESSH (kanan) turut beraksi ketika menewaskan China 3-0 dalam aksi pertama SOJC 2026 semalam. – JOHOR HOCKEY ASSOCIATION

Dheeressh ketika ini sedang berjuang bersama skuad hoki remaja negara menghadapi Piala Sultan Johor (SOJC) 2026 yang menyaksikan mereka menang 3-0 ke atas China dalam aksi pertama di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam.

Sebagai rekod, Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan dilaksanakan dari 26 hingga 29 Oktober ini diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (2-5 November), Ujian Amali Sains (16-18 November, Ujian Mendengar Bahasa Melayu (23 November) dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (24 November).

Kemudian peperiksaan bertulis SPM 2026 akan dijalankan dari 23 November hingga 17 Disember nanti. – PODIUM ON TOUR

FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION / JOHOR HOCKEY ASSOCIATION

Post navigation

Previous: SOJC: Young Tigers boleh menang lebih besar
Next: Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.