Nuramirah Syakirah (kanan) beraksi menentang Singapura sewaktu saingan Piala Asia 2025 di Hangzhou, China. - MHC
SKUAD hoki wanita perlu berikan segala-galanya pada Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Santiago, Chile dari 2 hingga 8 Mac ini.
Meskipun peluang Top 3 untuk layak ke Piala Dunia 2026 di Belgium-Belanda pada Ogos nanti realistiknya sukar, tetapi apa saja boleh berlaku di atas padang nanti.
Jika semua beri persembahan terbaik dengan cipta kejutan demi kejutan, pastinya ada mata-mata yang tertarik dengan potensi pemain-pemain negara.
Biasanya kejohanan seperti ini akan dipantau oleh scouting untuk ‘merisik’ pemain berpotensi mewakili kelab terutamanya dari Eropah.
Ramai pemain hoki wanita negara pernah ‘dilamar’ kelab Eropah seperti:
Farah Ayuni Yahya (East Grinstead
)
Nuraini Abdul Rashid (East Grinstead
)
Nuraini Abdul Rashid (Butterfly Roma
)
Fatin Shafika Sukri (Butterfly Roma
)
Juliani Mohamad Din (Bremer
)
Amirah Syakirah Zulkifli (Bremer
)
Maizatulhanim Syafi (Bremer
)
Raja Norsharina Shabuddin (Wespen
)
Wan Norfaiezah Saiuti (Wespen
)
Hanis Nadiah Onn (Wespen
)
Raja Norsharina Shabuddin (Uddingston
)
Surizan Awang Noh (Uddingston
)
Nuraslinda Said (Uddingston
)
Fazilla Sylvester Silin (Castelldefels
)
Siti Noor Amarina Ruhani (Castelldefels
)
Di Kelayakan nanti, Malaysian Tigress perlu lepasi halangan Kumpulan B dulu dalam usaha menjadi Top 3 kejohanan dan layak ke Piala Dunia 2026 di Belgium-Belanda. – PODIUM ON TOUR
Jadual Kumpulan B
KREDIT FOTO – MHC
1 thought on “Peluang Tigress pikat kelab hoki Eropah”
Comments are closed.