Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Potensi sebenar Danish bakal diuji jelmaan Usain Bolt

podiumontour February 22, 2026 1 minute read
Danish

DANISH Iftikhar (kiri) bakal mendapat pengalaman bernilai menentang Gout di Kejohanan Dunia B-20 pada Ogos depan.

DANISH Iftikhar Roslee, 19, berpeluang mengikut jejak langkah Muhammad Azeem Fahmi pada Kejohanan Olahraga Dunia B-20 2026 di Eugene, AS pada Ogos nanti.

Dulu Azeem mencipta rekod 100m Malaysia dengan masa 10.09s pada edisi 2023 di Cali, Colombia, tak mustahil skrip sama mampu diulangi oleh Danish Iftikhar yang memenangi dua pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025.

Had kelayakan Kejohanan Dunia B-20 2026 untuk 100m, 10.50s & 200m, 21.35s dengan PB Danish adalah 10.18s (100m) & 20.73s (200m).

Menariknya Danish Iftikhar akan bersaing dengan bintang muda Australia, Gout Gout, 18, yang baru semalam (21 Feb) cipta masa 10.00s dalam acara 100m di Brisbane.

Seperti Danish Iftikhar, Gout sebenarnya lebih ‘ganas’ dalam acara 200m yang mana dia pernah cipta masa 20.04s pada 2024, memadam rekod dunia kategori umur 16 tahun dipegang USAIN BOLT, 20.13s.

Catatan itu turut memecahkan rekod benua Oceania milik Peter Norman yang bertahan sejak 1968 sebelum Gout perbaharui lagi dengan masa 20.02s pada tahun lepas.

Buat masa ini, Gout dianggap pilihan utama untuk bergelar raja pecut berganda 100m & 200m sekali gus bakal menjadi pengalaman bernilai buat Danish Iftikhar.

Tak minta banyak, PB baru dah cukup buat Danish Iftikhar, bonus kalau naik podium. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA & AUSTRALIAN ATHLETICS

Post navigation

Previous: Bekas rakan sepasukan Azeeem pencabar baharu Asia
Next: Peluang Tigress pikat kelab hoki Eropah

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.