Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Malaysia kini menanti keajaiban Thabo Matebedi

podiumontour August 4, 2026 2 minutes read
Thabo Matebedi

COACH T dikatakan meninggalkan Afrika Selatan selepas merasakan dirinya tidak dihargai meskipun melahirkan ramai pelari hebat negara itu. - SABC SPORT

KEJAYAAN jaguh pecut Afrika Selatan, Sinesipho Dambile memenangi pingat emas 200 meter (m) Sukan Komanwel Glagsow 2026 seakan memberi petanda positif buat skuad olahraga kebangsaan.

Ini disebabkan Dambile adalah anak didik kepada Thabo Matebedi yang baru sahaja menamatkan tugasan sebagai jurulatih peribadinya kerana beliau telah menerima jawatan sebagai ketua jurulatih pecut olahraga negara.

Matebedi yang lebih mesra disapa dengan nama Coach T akan tiba di tanah air pada 10 Ogos nanti yang bermakna beliau sempat untuk melihat saingan olahraga Sukan Malaysia (SUKMA) bermula 16 hingga 20 Ogos ini.

“Saya teruja dan tidak sabar untuk bertemu atlet-atlet baharu. Dengan pelaburan yang betul, saya percaya kita akan melalui saat-saat yang indah dan mencapai kejayaan gemilang bersama,” katanya eksklusif buat Podium On Tour.

Selain Dambile, Coach T juga merupakan individu bertanggungjawab membentuk Bayanda Walaza bergelar raja pecut berganda 100m dan 200m pada Kejohanan Dunia B20 2024 serta Sukan Universiti Dunia 2025.

Sinesipho Dambila
DAMBILE menjadi pelari Afrika Selatan pertama memenangi pingat emas 200m Sukan Komanwel selepas menjuarai edisi Glasgow 2026 dengan masa 19.96s. – AP

Seorang lagi pelari berpotensi besar Afrika Selatan, Gift Leotlela yang meraih tempat keempat 100m Sukan Komanwel Glasgow 2026, juga merupakan anak didiknya.

Menariknya, Walaza dan Leotlela memiliki rekod peribadi (PB) sub10, bawah 10 saat (s) iaitu 9.87s serta 9.89s, manakala Dambile pula adalah pakar acara 200m dengan PB 19.74s.

Menerusi satu temubual dengan SABC Sport, Coach T yang dinobatkan Jurulatih Terbaik Afrika 2025, menyifatkan atlet perlu memilih jurulatih yang benar-benar mengambil berat tentang kerjaya mereka, bukannya mengambil kesempatan.

“Apabila anda memilih seorang jurulatih, anda sebenarnya sedang memilih seorang ibu atau bapa. Anda tak boleh sekadar memilih seseorang yang tahu cara melatih.

“Olahraga adalah sukan yang menuntut komitmen sepenuhnya, dan atlet serta jurulatih perlu benar-benar komited.

Bayanda Walaza
COACH T antara individu bertanggungjawab memastikan Walaza (kanan) merakam masa sub10 dengan pelbagai pingat emas di pentas tertinggu dunia. – CURRO SCHOOLS

“Anda juga tidak boleh memilih seseorang yang hanya mengambil berat tentang sepantas mana anda mampu berlari,” katanya yang dipetik daripada temubual bersama SABC Sport.

Difahamkan, Walaza menangis selepas mendapat tahu Coach T akan meninggalkan Afrika Selatan dan berkelana ke Malaysia, manakala Dambile dan Leotlela pula merayu agar beliau terus kekal di sana.

“Kami berbual panjang mengenainya. Bayanda sukar menerima berita itu, tetapi keputusan ini tetap perlu dibuat. Saya perlu meneruskan kehidupan,” jelasnya.

Diharapkan kehadiran Coach T dapat meninggalkan impak yang cukup positif, bukan hanya buat atlet tetapi juga berkongsi ilmu-ilmunya buat barisan jurulatih tempatan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SABC SPORT / AP / CURRO SCHOOLS

Post navigation

Previous: SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian
Next: Penampilan terakhir Faizal di Piala Dunia

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.