Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

Izzah ketuai Team Cahya Mata, tonik terbaik ke LA28

podiumontour May 22, 2026 2 minutes read
Team Cahya Mata

SULAIMAN (tengah) bersama barisan pelumba Wanita Team Cahya Mata pada sidang akhbar hari ini.

IMPIAN Malaysia untuk menyaksikan lebih ramai pelumba berbasikal wanita negara beraksi di pentas berprestij Sukan Olimpik Los Angeles 2026 (LA28) mendapat tonik terbaik menerusi penubuhan Team Cahya Mata.

Pemenang dua pingat emas Kejohanan Asia, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mengetuai pasukan berbasikal profesional wanita itu yang mendapat tajaan daripada Cahya Mata Sarawak Berhad menerusi syarikat subsidiarinya, Cahya Mata Cement Sdn Bhd.

Selain Izzah, No.14 dunia yang memenangi pingat gangsa keirin pada Piala Trek Jepun 1 & 2, Anis Amira Rosidi, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Amber Yong turut membarisi pasukan yang mendapat tajaan selama tiga tahun itu.

Inisiatif itu merupakan satu langkah berani dalam perjalanan memperkukuhkan jenama dan komitmen Cahya Mata secara menyeluruh, sekali gus membantu barisan pelumba untuk melayakkan diri ke LA28.

Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib dalam sidang akhbar hari ini berkata, pihaknya berbesar hati menyokong dan membantu mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

Dalam masa sama, Cahya Mata turut melancarkan Piala Cahya Mata 2026 iaitu satu kejohanan bola sepak komuniti terbuka kepada pemain lelaki Malaysia bukan pada tahap profesional.

Inisiatif berganda itu mencerminkan komitmen Cahya Mata dalam menjadikan sukan sebagai platform untuk pembangunan belia, gaya hidup sihat dan pengukuhan komuniti.

Susulan sambutan memberangsangkan terhadap edisi sulung di Kuching, Sarawak tahun lalu, Cahya Mata kini memperluaskan kejohanan itu ke seluruh negara menerusi Piala Cahya Mata 2026 dari Julai hingga November 2026.

Dianjurkan dalam format liga, kejohanan itu akan berlangsung serentak di seluruh Malaysia dengan juara setiap negeri mara ke peringkat kalah mati sebelum beraksi di Grand Finals di Kuching.

Secara keseluruhan, lebih RM700,000 hadiah akan ditawarkan sepanjang kejohanan dengan juara kebangsaan membawa pulang RM100,000, manakala setiap juara peringkat negeri menerima RM20,000. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Penjaga gol Pahang muncul wira ke final
Next: Sejarah tercipta, Negeri Sembilan juara B16 Kebangsaan

Related Stories

TUAH Maskot Sukan SEA
  • Xtra

TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027

podiumontour July 13, 2026
ASICS Malaysia
  • Xtra

ASICS Malaysia raikan Hari Badminton Sedunia 

podiumontour July 5, 2026
Tiket FURY Championship
  • Xtra

13 pertarungan epik disajikan Fury Championship Vol. II

podiumontour June 22, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.