Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Penyudah PC rahsia kebangkitan TNB Thunderbolts

podiumontour May 11, 2026 2 minutes read
TNB Thunderbolts

BARISAN pemain TNB Thunderbolts meraikan gol kemenangan 3-2 ke atas YEP di Stadium Hoki Nasional hari ini (11 Mei).

KETINGGALAN dua gol tidak mematahkan semangat TNB Thunderbolts yang memanfaatkan kemampuan dari segi pukulan sudut penalti (PC) untuk bangkit mencatat kemenangan 3-2 ke atas Young Elephants Pahang (YEP) hari ini (11 Mei).

Lebih manis, tiga mata berharga di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu adalah kemenangan kedua berturut-turut buat TNB Thunderbolts dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.

Kemenangan pertama mereka hadir juga hadir dengan keputusan 3-2 ke atas kelab dari Australia, Territory Stingers dua hari lalu (9 Mei).

“Kemenangan hari ini lebih kepada PC sebab kita jaringkan tiga gol menerusi PC. Namun, kita terlepas banyak, rasa lebih kurang 8 atau 9 PC kita dapat, kita cuma dapat 3 gol.

“Sekurang-kurangnya kita tahu macam mana nak jaringkan gol melalui PC kerana kita ada pemain yang boleh ambil PC dengan bagus,” kata ketua jurulatih TNB Thunderbolts, Nor Saiful Zaini Nasiruddin kepada Podium on Tour.

Dalam masa sama, Saiful Zaini mengakui kejayaan itu menyuntik semangat para pemain untuk memburu kemenangan ketiga menentang Liaoning dari China pada 16 Mei ini.

“Untuk pasukan pembangunan, kemenangan boleh suntik keyakinan untuk aksi seterusnya. Kalau pemain dapat hadapi taktikal-taktikal baharu pasukan lawan, saya percaya kita boleh bermain dengan baik.

“Kalau mereka pandai curi gol padang atau PC, saya percaya kita boleh menang dengan pasukan China (Liaoning), itu sasaran kita,” jelasnya.

Pahang bermula cemerlang dengan dua gol padang menerusi Mohamad Shamir Rizmi Shamsul dan Ismail Abu masing-masing pada minit ke-12 serta 20.

Semangat tidak mudah mengalah juga antara kunci kebangkitan TNB Thunderbolts yang kemudiannya meraih tiga gol PC untuk memenangi perlawanan tersebut.

Tiga gol itu diperoleh menerusi Shafiq Ammar Fahmi Suzaini pada minit ke-32, Dheeresh Gunaselan (m-49) dan Muhammad Nabil Irfan Mohd. Yusof (m-59). – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Sumbangan Irfan dihargai, terima Anugerah Khas SAM
Next: UiTM HA-KPT terus himpit tiga gergasi MHL

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.