Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

UiTM HA-KPT terus himpit tiga gergasi MHL

podiumontour May 11, 2026 2 minutes read
UiTM MHL

HUSSAINI (dua dari kanan) berbangga dengan semangat tidak mudh mengaku kalah rakan sepasukannya dalam kemenangan ke atas Territory Stingers hari ini (11 Mei).

MESKIPUN tidak dianggap antara pasukan pilihan, namun UiTM HA-KPT masih mampu untuk mencabar dalam kelompok empat teratas Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.

Terbaharu, UiTM kembali ‘merampas’ kedudukan keempat hasil kemenangan dramatik pada dua minit terakhir untuk menewaskan kelab Australia, Territory Stingers 2-1.

Berdasarkan carta liga, UiTM cuma ketinggalan satu mata di belakang pasukan tempat ketiga yang juga juara treble musim lalu, Pasukan Hoki Terengganu (THT).

Kapten UiTM, Muhammad Husaini Husin menganggap variasi set-piece pukulan sudut penalty (PC) yang diterapkan barisan kejurulatihan antara factor kemenangan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini (11 Mei).

“Kerjasama dan kerja keras daripada semua pemain yang berikan 100 peratus untuk capai tiga mata antara kunci lain kepada kemenangan ini walaupun ketinggalan terlebih dahulu.

“PC antara salah satu kekuatan kami selain jaringan padang (FG). Jurulatih banyak beri set-piece dalam menghasilkan jaringan dan Alhamdulillah kami dapat realisasikan hari ini,” katanya kepada Podium on Tour.

Territory Stingers meraih gol pertama menerusi Adrian Lockley (m-23) sebelum Danial Asyraf Abdul Ghani menghidupkan peluang UitM apabila menyudahkan bola muntah dalam situasi PC pada minit ke-41.

Biarpun diasak bertubi-tubi oleh Territory Stingers, UiTM masih berupaya untuk mencuri tiga mata hasil gol kemenangan Danish Danial Abdul Wahab menerusi PC pada minit ke-58.

Kemenangan itu tentunya menyuntik semangat UiTM untuk berdepan dua gergasi MHL, TNB ThunderStars dan THT dalam dua aksi terakhir fasa pertama MHL 2026 pada Rabu serta Sabtu ini. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Penyudah PC rahsia kebangkitan TNB Thunderbolts
Next: Klinik NSL buka laluan bakat muda ke pentas profesional

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.