Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Sumbangan Irfan dihargai, terima Anugerah Khas SAM

podiumontour May 11, 2026 2 minutes read
Irfan

IRFAN kini menjalani latihan di Hungary dalam persediaannya untuk menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun pada September nanti. - OLAHRAGA MALAYSIA

SUMBANGAN besar jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin buat arena olahraga tanah air dihargai apabila menerima Anugerah Khas sempena Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2025.

Irfan, 30, berada dalam kelas tersendiri dan terus membuktikan dominasinya di Asia Tenggara selepas merangkul pingat emas sambil mencipta rekod baharu Sukan SEA Thailand 2025.

Apa yang  membanggakan ia adalah emas peribadi ketujuh berturut-turut Irfan sejak menjadikan Sukan SEA sebagai ‘taman permainannya’ bermula edisi 2013 di Myanmar.

Menariknya, Irfan yang turut digelar sang pemecah rekod itu, pernah suatu ketika dahulu menyertai beberapa jenis sukan termasuk ragbi dan bola baling sebelum memberi tumpuan penuh kepada lempar cakera pada usia 17 tahun.

Irfan pernah dinobatkan olahragawan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-17 selepas memecah rekod kebangsaan lempar cakera dengan jarak sejauh 54.26 meter (m), sekali gus memperbaharu catatan 53.16m yang dilakukannya pada Sukan SEA Myanmar 2013.

Sejak itu, atlet kelahiran Negeri Sembilan itu terus mendominasi sukan SEA sebelum memadam rekod temasya berusia 26 tahun milik Wong Tuck Yim dari Singapura dengan melakukan 60.23m, mengatasi rekod lama 59.60 meter dilakukan pada edisi 1999 di Brunei.

Naib Presiden SAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengajur Anugerah SAM-100PLUS 2025, Mohd Hazreen Nor Mubarak berkata, kejayaan Irfan tidak hadir dengan mudah.

“Pencapaian tidak hadir dalam sekelip mata dan pastinya memerlukan pengorbanan yang lebih daripada sekadar berlatih di gelanggang masing-masing.

“SAM berharap dengan pengiktirafan ini, dapat menyemarakkan lagi semangat bukan sahaja Irfan, tetapi juga permata baharu dalam arena sukan tanah air. Kejayaan memerlukan pengorbanan dan kesabaran untuk merealisasikannya,” katanya.

Anugerah SAM-100PLUS 2025 dijadualkan pada 13 Mei 2026 di ibu negara dan akan dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Peluang Danish Iftikhar berentap dengan Noah Lyles?
Next: Penyudah PC rahsia kebangkitan TNB Thunderbolts

Related Stories

Armin Zahryl
  • Olahraga

Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia

podiumontour July 13, 2026
Azeem 4x100m
  • Olahraga

Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?

podiumontour July 12, 2026
Armin Zahryl Rekod Malaysia
  • Olahraga

Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.