Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air

podiumontour September 13, 2026 1 minute read
Piala Tun Abdul Razak

AMIRUL HANIFF meraikan jaringannya ketika menentang Terengganu pada aksi final TARC di Stadium Hoki Pandamaran hari ini. - MHC

PERAK merampas status gergasi hoki tanah air yang sebelum ini milik mereka selepas menjuarai Piala Tun Abdul Razak (TARC) 2026 dengan menewaskan juara bertahan, Terengganu 2-1 pada aksi final di Stadium Hoki Pandamaran hari ini.

Kali terakhir Perak bergelar juara adalah ketika menjuarai kejohanan itu dua kali berturut-turut pada edisi 2021 dan 2022.

Ketua jurulatihnya, Manjit Singh Prem Singh berpuas hati kerana anak-anak buahnya masih berjaya merealisasikan impian bergelar juara meskipun hanya sempat membuat persediaan dalam tempoh yang singkat.

 “Pemain senior banyak beri motivasi kepada pemain-pemain muda kerana ramai yang baru kali pertama beraksi untuk Piala Tun Abdul Razak.

“Kalau perancangan selepas ini, sudah tentu kami nak jadi juara berturut-turut dan mempertahankan kejuaraan ini seperti dahulu,” katanya.

Perak memenangi aksi final itu hasil dua jaringan daripada Muhammad Amirul Haniff Mamat pada minit ke-11 dan 43, sementara gol tunggal Terengganu dihasilkan oleh Muhammad Firhan Ashari di penghujung perlawanan.

Sementara itu, Perlis melengkapkan penamat podium hasil kemenangan 3-2 ke atas Pahang menerusi penentuan penalti shoot-out setelah terikat 1-1 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat hari ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
Next: Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers

podiumontour October 30, 2026
Faizal Speedy Tigers
  • Hoki

Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut

podiumontour October 29, 2026
Adib TNB
  • Hoki

Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar

podiumontour October 29, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.