Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM

podiumontour September 14, 2026 2 minutes read
Atlet SPM

KESIBUKAN menjalani latihan dan persiapan menghadapi kejohanan bukan alasan untuk atlet muda mengabaikan pelajaran, sebaliknya kedua-duanya perlu diberi perhatian seimbang.

Bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad berpandangan pendidikan amat penting terutamanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh menjadi penentu kepada masa depan seseorang.

ARTIKEL INI DIBAWAKAN OLEH TAVIS – PLATFORM PEMBELAJARAN DIGITAL UNTUK SEMUA

TAVIS

Nazmizan mengingatkan atlet-atlet muda bahawa mereka masih ada masa membuat ‘pecutan terakhir’ sebelum peperiksaan bertulis SPM bermula November ini.

Olimpian negara yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Athens 2004, Greece itu juga merasakan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 di Kuantan, Pahang dari 21 hingga 25 September ini juga bukan satu penghalang.

“Fokus pada latih tubi yang terakhir. Masih ada masa sebelum SPM sebenar sebab SPM ini penentu masa depan, di mana kita akan melangkah seterusnya.

Atlet SPM
NAZMIZAN (tiga dari kiri) turut menggalas peranan selaku Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Thailand 2025. – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

“Selepas ini peluang mereka untuk sambung pengajian di mana-mana universiti di Malaysia, atau pra-perdagangan, matrikulasi dan pra-diploma.

“Jadi rugilah kalau tak ambil ruang dan peluang untuk melanjutkan pengajian di universiti,” kata Nazmizan yang pernah dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 2003.

Pemenang emas 100 meter (m) dan 200m Sukan SEA Hanoi 2003 itu juga menjadikan pelari terpantas Malaysia, Muhammad Azeem Fahmi dan Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira sebagai contoh terbaik bagi sukan olahraga.

Atlet SPM
NAZMIZAN (dua dari kanan) kini merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Perniagaan dan Komunikasi di bawah Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum Universiti Malaysia Perlis. – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Selain cemerlang dalam sukan, Azeem juga meraih keputusan 6A dalam peperiksaan SPM 2021 dan melanjutkan pengajian di Universiti Auburn, Amerika Syarikat, manakala Izzatul Musfirah pula meraih keputusan 9A SPM 2025.

“Dalam kita berlatih atau bertugas mewakili negeri dan Malaysia, jangan lupa luangkan masa untuk belajar. Macam mana kita ‘perform’ di trek, begitu juga untuk SPM,” jelas Nazmizan.

Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan dilaksanakan dari 26 hingga 29 Oktober ini diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (2-5 November), Ujian Amali Sains (16-18 November, Ujian Mendengar Bahasa Melayu (23 November) dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (24 November).

Kemudian peperiksaan bertulis SPM 2026 akan dijalankan dari 23 November hingga 17 Disember nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
Next: Kuartet ‘turbo’ 4x100m campuran mampu podium Sukan Asia

Related Stories

Izzatul
  • Olahraga

Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’

podiumontour October 28, 2026
Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026

Recent Posts

  • Ledak 3 gol, keyakinan Azimuddin makin memuncak
  • Giliran Bangladesh jadi mangsa amukan Speedy Tigers
  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.