Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Permulaan sempurna Speedy Tigers di Sukan Asia

podiumontour September 20, 2026 2 minutes read
Sukan Asia

BARISAN pemain negara meraikan kemenangan 7-0 ke atas Uzbekistan dalam aksi pertama Kumpulan B Sukan Asia Aichi-Nagoya hari ini. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

SKUAD hoki lelaki negara membuka kempen Kumpulan B Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan langkah sempurna menerusi kemenangan besar 7-0 ke atas Uzbekistan di Stadium Kawasaki Juko, Kakamigahara hari ini.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu kecemerlangan Faizal Saari meledak hatrik dalam perlawanan itu menerusi jaringan padang pada minit ke-15, pukulan sudut penalti (m-24) dan penalti stroke (m-43).

Ketua Jurulatih Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, Brendon Carolan turut mengambil kesempatan memuji flicker muda, Azimuddin Syakir Kamaruddin atas kejayaannya menghasilkan satu gol dalam perlawanan itu.

“Saya gembira dengan keseluruhan prestasi ditunjukkan pasukan hari ini. Kami bermain hoki yang bagus, namun seperti biasa masih ada kekurangan yang boleh ditingkatkan menentang lawan lebih kuat selepas ini.

“Saya tidak mahu memberikan alasan tetapi mereka dapat menjaringkan beberapa gol dari segi pukulan sudut penalti. Azim (Azimuddin) juga berjaya dan saya gembira dengan perkembangan ini.

“Ia sesuatu yang bagus melihat pemain muda diberikan peluang melakukan flick dan menjaringkan gol pada tahap ini kerana ini adalah masa depan Malaysia,” kata Carolan.

Secara keseluruhan, Malaysia mempunyai 10 pukulan sudut penalti dan Berjaya menyudahkan tiga daripadanya untuk menghasilkan jaringan menerusi Norsyafiq Sumantri pada minit ke-11, Faizal (m-24) dan Azimuddin (m-36).

Selain gol penalti stroke Faizal pada minit ke-43, Speedy Tigers meraih tiga lagi jaringan padang, sekali lagi menerusi Faizal (m-15), Azrai Aizad Abu Kamal (m-59) dan Faiz Helmi Jali (m-60).

Selepas ini, Malaysia akan meneruskan aksi kedua Kumpulan B menentang Oman pada Selasa ini diikuti Thailand (24 September) sebelum bertemu dua lawan sebenar iaitu Pakistan (26 September) dan China (28 September). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Azeem ada potensi besar kekal pingat Sukan Asia
Next: Faizal tamat penantian lebih 2 tahun ledak hatrik

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.