Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Piala Asia B18 platform Dheeressh capai impian

podiumontour May 26, 2026 2 minutes read
Dheeresn

DHEERESH antara pemain beraksi cemerlang buat TNB Thunderbolts dalam saingan MHL musim ini. - POKJAT PICTURE BY @IZZTFRQN

KAPTEN skuad bawah 18 tahun (B18) lelaki negara, Dheeressh Gunaseelan melaungkan keyakinan mampu melangkah ke pentas final Piala Asia B18 di Kakamigahara, Jepun bermula 30 Mei hingga 6 Jun ini.

Dheeressh antara watak penting TNB Thunderbolts menamatkan pusingan pertama Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 di kedudukan keempat dengan keseluruhan meledak 4 gol.

Ia secara tidak langsung meningkatkan semangat Dheeressh untuk memberikan aksi terbaik dan memanfaatkan kemampuannya dari segi pukulan sudut penalti untuk menghasilkan jaringan buat pasukan.

“Kami kena pergi satu demi satu perlawanan dan layak ke separuh akhir dahulu. Tak mustahil kami mampu pergi ke final.

“Misi saya nak jadi salah seorang flicker terbaik dan Piala Asia B18 ini satu platform terbaik buat saya,” kata Dheeressh yang beraksi di posisi pertahanan kepada Podium On Tour.

Ini adalah penampilan kedua Dheeressh di pentas Piala Asia B18 selepas terpilih beraksi dalam edisi tahun lalu.

Skuad negara kendalian Mohd Harfizi Baharom akan berdepan Bangladesh, China dan Pakistan dalam Kumpulan B dengan kedudukan dua terbaik mara ke separuh akhir.

Aksi Kumpulan A pula menyaksikan tuan rumah Jepun yang menjuarai edisi tahun lalu, akan bertemu India, Korea Selatan, Taiwan dan Kazakhstan.

Pada edisi 2024, Malaysia dikecewakan Pakistan 3-4 menerusi penalti shoot-out setelah terikat 3-3 di separuh akhir sebelum menewaskan Bangladesh 5-2 untuk meraih tempat ketiga kejohanan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – POKJAT PICTURE BY @IZZTFRQN

Post navigation

Previous: Zariefah Dania mahu jadi kapten Malaysian Tigress
Next: Dzul Danish buru kelayakan Kejohanan Dunia B20

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.