Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Zariefah Dania mahu jadi kapten Malaysian Tigress

podiumontour May 26, 2026 2 minutes read
Zariefah Dania

ZARIEFAH DANIA (kiri) membantu Negeri Sembilan menjuaria B16 Kebangsaan dengan gelaran penjaring terbanyak tahun ini. - MHC

IMPIAN bintang muda berbakat negara, Nur Zariefah Dania Mazlan mahu memimpin Malaysian Tigress sebagai kapten ke pentas berprestij seperti Piala Dunia dan Sukan Olimpik suatu hari nanti.

Terpilih beraksi ke Piala Asia B18 di Kakamigahara, Jepun dari 30 Mei hingga 6 Jun ini adalah pengalaman terbaik buat Zariefah Dania yang baru berusia 16 tahun.

Ini disebabkan penyerang muda itu berpeluang ‘berguru’ dengan ketua jurulatih skuad wanita B18 negara, Siti Amarina Ruhani yang berpengalaman luas sebagai kapten Malaysian Tigress di eranya sebagai pemain sebelum ini.

Zariefah Dania
BARISAN pemain skuad wanita B18 negara bergambar di KLIA hari ini sebelum berlepas ke saingan Piala Asia B18 di Kakamigahara. – MHC

Kejayaan berturut-turut membantu Negeri Sembilan menjuarai gelaran treble Liga Hoki Malaysia (MHL) Wanita 2026 dan Kejohanan Hoki B16 Kebangsaan baru-baru ini sudah tentu menjadi azimat terbaik buat Zariefah Dania.

Malah, dia juga antara sandaran terbaik skuad negara memburu podium Piala Asia B18 meskipun bakal berdepan cabaran sengit daripada India, Korea Selatan dan Singapura dalam saingan Kumpulan B.

Ia berdasarkan pencapaian peribadinya menang Anugerah Pemain Harapan Terbaik MHL buat musim kedua berturut-turut dan penjaring terbanyak B16 Kebangsaan.

Zariefah Dania
BERIKUT senarai 18 pemain wanita yang terpilih ke Piala Asia B18 2026.

“Tekanan memang ada tapi itu normal bila orang mula jangkakan lebih daripada kita. Bagi saya, gelaran mpp (Pemain Harapan Terbaik) bukan untuk dibanggakan semata-mata, tapi satu tanggungjawab untuk terus bantu pasukan.

“Saya nak tingkatkan lagi prestasi saya supaya lebih konsisten dan dapat bantu pasukan capai sasaran kami di (Piala Asia) B18 nanti. Impian saya satu hari nanti nak jadi kapten Malaysia,” katanya kepada Podium On Tour.

Selain itu, pengalamannya beraksi di Piala Mirnawan 2024 dan juga Piala Dunia Hoki Remaja 2025 di Santiago, Chile sedikit sebanyak dapat membantu skuad B18 negara. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Peluang Izzatul Musfirah tebus final edisi 2024
Next: Piala Asia B18 platform Dheeressh capai impian

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.