Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Dzul Danish buru kelayakan Kejohanan Dunia B20

podiumontour May 27, 2026 1 minute read
Dzul Danish

DZUL DANISH (tengah) mengambil bahagian pada saingan Terbuka Singapura di Stadium Nasional Kallang pada April lalu. - KREDIT FOTO SHOTSBYZINON

ATLET pecut muda negara, Muhammad Dzul Danish Jamari cuma 0.03 saat (s) lagi untuk mencapai had kelayakan 100 meter (m), 10.50s ke Kejohanan Olahraga Dunia B20 di Eugene, Oregon, Amerika Syarikat (AS) dari 5 hingga 9 Ogos nanti.

Catatan tahunan terbaik Dzul Danish, 19, untuk musim 2026 ini adalah 10.53s, dilakukan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Perak di Teluk Intan dua minggu lalu.

Jika berjaya, raja pecut Sukan Sekolah ASEAN (ASG) 2025 itu akan mengikut jejak Danish Iftikhar Muhammad Roslee yang setakat ini menjadi satu-satunya wakil Malaysia sudah melayakkan diri ke Kejohanan Dunia B20.

“Sasaran saya di kejohanan ini untuk buat masa kelayakan ke Kejohanan Dunia B20 iaitu 10.50s dan saya akan cuba sehabis baik, insyaAllah kalua ada rezeki buat saya,” katanya kepada Podium On Tour.

Dzul Danish dan Danish Iftikhar akan memulakan cabaran mereka di peringkat saringan 100m Kejohanan Asia B20 di Hong Kong esok (28 Mei), manakala wakil wanita negara bagi acara itu digalas Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira.

Selepas itu, Dzul Danish dan Danish Iftikhar akan bergandingan dengan Muhammad Umaira Subri, Danish Irfan Tamrin atau Muhammad Sayyid Amin Roslan dalam acara 4x100m yang akan berlangsung 31 Mei ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SHOTSBYZINON

Post navigation

Previous: Piala Asia B18 platform Dheeressh capai impian
Next: Azeem tutup mulut pengkritik, hampiri masa 10.09s

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.