Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Penamat manis Jinq En, akhiri penantian 6 tahun

podiumontour December 11, 2025 2 minutes read
Jinq En

JINQ EN melabuhkan kariernya di pentas Sukan SEA dengan pingat gangsa 50m kuak dada menerusi catatan masa 31.71s. FOTO: MSN MALAYSIA

PENAMPILAN terakhir perenang negara, Phee Jinq En boleh dianggap sempurna apabila sekali lagi menaiki podium Sukan SEA buat kali kesembilan di pentas berprestij Asia Tenggara itu.

Apa yang lebih manis adalah kejayaan pingat gangsa pada edisi ke-33 ini hadir dengan cara penuh dramatik menyaksikan Jinq En berkongsi podium dengan perenang Thailand, Saovanne Boonamphai.

Ia selepas Jinq En dan Saovanne menamatkan final 50 meter (m) kuak dada wanita dengan catatan masa sama, 31.71 saat (s) pada aksi final di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Huamark, Bangkok (10 Disember).

“Matlamat utama saya untuk cuba ‘menyelinap’ ke podium kerana persaingan yang hebat, terutamanya Singapura dan Thailand. Mereka sangat laju.

“Awalnya saya ingatkan di tempat keempat tetapi selepas buat semakan semula, masa kami sama (dengan Soavanne). Ini sesuatu yang ‘gila’.

“Kami berlawan dalam kolam tetapi kami adalah kawan di luar. Kami berdua gembira untuk satu sama lain,” menurut perkongsian Jinq En kepada Astro Arena.

JINQ EN
JINQ EN (kiri) ceria bersama Saovanne selepas masing-masing memenangi pingat gangsa 50m kuak dada Sukan SEA 2025. FOTO: ATLAZ_SHOTS

Emas acara itu diraih perenang Singapura, Letitia Sim dengan rekod baharu Sukan SEA, 31.03s diikuti Jenjira Srisa-Ard dari Thailand di tempat kedua (31.52s).

Bukan hanya menang gangsa, tetapi Jinq En turut memotret kisah indah dengan menamatkan penantian enam tahun untuk merakam catatan terpantas sejak mencipta rekod kebangsaan 31.40s pada Sukan SEA Manila 2019.

Kejayaan itu turut menyaksikan Jinq En yang pernah beraksi di dua Olimpik – Rio 2016 dan Tokyo 2020 – menjadi penyumbang pingat pertama skuad renang negara edisi kali ini.

Atlet dari Subang Jaya itu pernah lapan kali menaiki podium Sukan SEA bermula edisi Singapura 2015 (1 emas 1 perak); Kuala Lumpur 2017 (1 emas 1 perak); Manila 2019 (2 emas 1 gangsa) dan Kemboja 2023 (1 gangsa).

Sebagai rekod, Jinq En turut cemerlang dalam akademik kerana selain bergelar graduan Universiti Purdue, Amerika Syarikat, dia turut memiliki Sarjana Komunikasi di Universiti Taylor. – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO: ATLAZ_SHOTS & MSN MALAYSIA

Post navigation

Previous: Pingat perak yang cukup ‘mahal’
Next: Nani Sahirah akhiri penantian panjang 34 tahun

Related Stories

Syamimi Amalia Hyrox
  • Sukan Lain

Syamimi Amalia tak menyesal pilih Hyrox

podiumontour May 15, 2026
KL Wildcats NSL
  • Sukan Lain

KL Wildcats masih kekal reputasi, buru podium kedua

podiumontour May 14, 2026
Maisarah NSL
  • Sukan Lain

Maisarah mahu trofi kedua buat Terengganu Marvels

podiumontour May 13, 2026

Recent Posts

  • Peluang muka baharu rebut slot 20 terbaik Speedy Tigers
  • Juara treble, Negeri Sembilan rampas status gergasi hoki
  • Azeem tebus duka, bantu Auburn ulangi sejarah
  • Umar Osman pecah rekod berusia 58 tahun
  • Maybank pantang menyerah, pertahan rekod tak kalah
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.