Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

3 raja pecut muda Kedah bakal ‘gegar’ Singapura

podiumontour April 7, 2026 2 minutes read
raja pecut Kedah

DZUL Danish (dari kiri), Aiman dan Umaira antara sandaran terbaik Kedah pada temasya Sukma Selangor 2026 berlangsung Ogos nanti. - MSN KEDAH

TERBUKA Singapura dari 15 hingga 17 April ini menjadi pentas menguji kemampuan tiga raja pecut muda dari Kedah, Aiman Ikhwan Yahya, Muhammad Umaira Subri dan Muhammad Dzul Danish Jamari.

Aiman Ikhwan Yahya

🅿️🅱️ 100m, 10.40s
➡️ Raja pecut Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025

Muhammad Dzul Danish Jamari 

🅿️🅱️ 100m, 10.54s
➡️ Raja pecut Sukan Sekolah ASEAN (ASG) 2025

Muhammad Umaira Subri 

🅿️🅱️ 100m, 10.34s*
➡️ Raja pecut ASEAN B18 & B20 2025

Ketiga-tiga bintang berusia 18 tahun itu akan sertai acara 100 meter (m) dan 4x100m sebagai persediaan sebelum Sukan Malaysia (Sukma) Selangor pada Ogos nanti.

“Harapan saya untuk mendapatkan pingat dan perbaiki catatan baharu di Singapura.

“Saya nak cuba layak ke Hong Kong (Kejohanan Olahraga Asia B20, 28-31 Mei) dan saingan di Sukma nanti ‘keras’, jadi aksi pertama tahun 2026 ini penting juga untuk lihat permulaan yang baik,” kata Umaira kepada Podium On Tour.

Tiga anak didik Mohd Poad Kassim itu bakal dicabar atlet dalam Program Podium, Pengiran Aidil Auf Hajam dan seorang lagi pelari muda berusia 18 tahun, Danish Irfan Tamrin di Singapura.

Bukan itu sahaja, jaguh pecut Singapura yang meraih pingat perak 200m Sukan SEA Thailand 2025, Marc Brian Louis juga antara pencabar utama.

Di Sukma nanti, selain Pengiran dan Danish Irfan, tiga raja pecut muda Kedah ini juga bakal berdepan cabaran daripada Danish Iftikhar Muhammad Roslee.

Berdasarkan prestasi semasa, Danish dalam kelas tersendiri selepas meraih gangsa 100m dan 200m Sukan SEA Thailand 2025 dengan PB baharu 10.18s serta 20.73s yang juga rekod 200m kebangsaan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MSN KEDAH

Post navigation

Previous: MAM santuni anak-anak yatim sempena Aidilfitri
Next: Pintu terbuka buat semua pemain – Carolan

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.