Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Podium jadi sasaran dua skuad negara di Piala Asia B18

podiumontour May 25, 2026 2 minutes read
Piala Asia B18

SKUAD lelaki dan wanita negara bergambar menjelang Piala Asia B20.

KEDUDUKAN podium menjadi sasaran skuad hoki bawah 18 tahun (B18) lelaki negara pada Piala Asia B18 di Kakamigahara, Jepun yang berlangsung 29 Mei hingga 6 Jun ini.

Begitupun, ketua jurulatih skuad B18 lelaki negara, Mohd Harfizi Baharom memasang impian besar untuk memenangi kejohanan tersebut bagi memastikan reputasi Malaysia kekal di kelas tersendiri di benua Asia.

“Kita diletakkan sasaran untuk berada di podium dan kalau boleh kita nak piala itu. Kita nak jadi juara sebab ini salah satu masa depan buat skuad hoki negara.

“Kalau dari peringkat umur 18 tahun kita dah terapkan pemikiran untuk cuba dapatkan keputusan terbaik, ia boleh menjadi satu petanda yang positif untuk hoki Malaysia,” katanya.

Pada saingan nanti, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Bangladesh, China dan Pakistan, manakala Kumpulan A terdiri daripada Jepun, India, Taiwan, Korea Selatan serta Kazakhstan.

Pencapaian edisi tahun lalu menyaksikan Malaysia berjaya meraih pingat gangsa dengan menewaskan Bangladesh 5-2 pada penentuan tempat ketiga dan keempat.

Bagi ketua jurulatih skuad hoki B18 wanita negara, Siti Amarina Ruhani, beliau mengambil pendekatan satu demi satu perlawanan dalam usaha ke separuh akhir terlebih dahulu bagi mencapai sasaran podium seperti ditetapkan.

“Dua lawan kita dalam peringkat kumpulan iaitu India dan Korea Selatan juga tidak mengambil bahagian pada edisi tahun lalu. Jadi agak sukar untuk kita kenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka.

“Kita akan cuba sedaya upaya dengan barisan pemain yang dibawa ke sana. Kita akan berikan saingan terbaik dengan misi awal kita cuba ke separuh akhir dahulu,” jelasnya.

Satu lagi lawan skuad B18 wanita negara dalam Kumpulan adalah Singapura sementara Kumpulan B antara Bangladesh, China, Taiwan dan tuan rumah Jepun yang muncul juara edisi 2025.

Saingan lelaki dan wanita Piala Asia B18 berlangsung serentak di Kakamigahara dari 29 Mei hingga 7 Jun dengan dua pasukan teratas kumpulan layak ke separuh akhir. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Pengalaman bernilai sebelum Kejohanan Asia B20
Next: Peluang Izzatul Musfirah tebus final edisi 2024

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.